HalalXPlorer Logo
kecantikan pitas di sabah yang ramai tak tahu
15 December 2023

Pitas, Lokasi di Sabah Yang Cantik & Ramai Tak Tahu !

Kongsikan:

Jika sebut Sabah, destinasi yang terkenal dikalangan pengembara dan pelancong pastinya Kundasang, Kota Belud, Semporna dan Tawau. Lokasi ini sudah tidak asing lagi kerana mempunyai permandangan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan mempunyai pulau-pulau yang cantik

Tahukah anda, sebenarnya banyak lagi destinasi yang menyajikan permandangan yang cantik di Sabah. Antaranya ialah Pitas. Pitas secara geografinya terletak di utara bahagian Sabah atau dikenali sebagai Tanduk Borneo di dalam Kudat.

Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai. Disebabkan itu ianya mempunyai banyak permandangan cantik seperti di Kundasang.

Jika anda dari Kota Kinabalu, perjalanan ke sini dari Kota Kinabalu akan mengambil masa lebih kurang 3 jam kerana daerah ini terletak 195KM dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Kecantikan Pitas Di Sabah Yang Ramai Tak Tahu 2
Lokasi Pitas di Kudat, Sabah

Destinasi Menarik Di Pitas

Destinasi yang menarik di Pitas yang dikongsikan oleh Irfan Abdul.

https://www.facebook.com/irfanabdul89/posts/10221164999372828?ref=embed_post

Pantai

  1. Dataran Bengkoka
  2. Pantai Torungguh
  3. Pantai Keramat
  4. Kampung Rosob
  5. Kampung Pinggan-Pinggan
  6. Pitas Bayview
  7. Kampung Kasagaan
  8. Tanjung Senimpul
  9. Pulau Supirak
  10. Floating Coral Bay

Bukit

  1. Bukit Piniapat
  2. Bukit Morovidu
  3. Bukit Bagang View
  4. Bukit Tudturan

Tarikan Lain

  1. Pitas Mangrove @ Rosob
  2. Tamu Bengkoka (Rabu sahaja)
  3. Bagang (Tempat menangkap Ikan bilis)

Cadangan Perjalanan:

Trip 1 hari

Bertolak dari KK Jam 6 pagi
Tiba di Pitas: +- 9 pagi

  1. Bukit Piniapat (RM2)
  2. Bukit Morovidu (Percuma)
  3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
  4. Pantai Keramat (Percuma)
  5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
  6. Pitas Baywview (Percuma)
  7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma) 8. Dinner @ Dataran Bengkoka

Bertolak pulang ke Ke Kota Kinabalu

Trip 2 hari

Hari Pertama

Bertolak dari KK Jam 6 pagi
Tiba di Pitas: +- 9 pagi

  1. Bukit Piniapat (RM2)
  2. Bukit Morovidu (Percuma)
  3. Pitas Mangrove @ Rosob (Percuma)
  4. Pantai Keramat (Percuma)
  5. Membeli buah tangan di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Mempakad Laut
  6. Pitas Baywview (Percuma)
  7. Sunset @ Dataran Bengkoka (Percuma)
  8. Dinner @ Dataran Bengkoka
  9. Bermalam di Indah Chalet @Dataran Bengkoka

Hari Kedua

  1. Bertolak ke Kampung Malubang
  2. Dari Jeti menaiki bot ke Pulau Supirak dan Pulau-Pulau sekitar/ Pitas Coral Bay

Tenghari/ Petang bertolak ke Kota Kinabalu.

Sumber: Irfan Abdul

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA