Jom ke Lepak Kampung Talang Kuala Kangsar, sambil-sambil makan, boleh OOTD sebab tempat ini memang lain dari yang lain.

Haaa apa yang uniknya tu ? Disini ada ruang makan terbuka, nampak biasa tapi best juga sebab suasana kampung dan damai.


Tapi yang betul-betul unik adalah ruang makan dalam tiub berhawa dingin.



Tiub berhawa dingin ini dah agak senang dijumpai di Malaysia tapi selalunya dijadikan sebagai chalet ataupun tempat penginapan. Disini lain sikit sebab tiub ini digunakan sebagai tempat untuk makan.


Ada pelbagai gerai menjual pelbagai menu menarik seperti kerang bakar, satay, dim sum, makanan korea, western dan juga masakan panas yang lain. Kiranya kawasan ini macam food court juga.


Fasiliti seperti tandas dan surau yang disediakan juga bersih dan selesa.
Sesuai untuk bawa family santai-santai atau lepak bersama kawan-kawan.




Lepak Kampung Talang, 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak