Terlalu letih dengan kerja dan bosan dengan kesibukan kota membuatkan ramai mahukan percutian yang jauh dari bandar dan lebih dekat dengan alam semula jadi.
Apa kata kali ini anda cuba menginap di tree house! Ini kami kongsikan 5 treehouse di Malaysia yang pasti akan memberikan anda pengalaman 'staycation' yang unik!
1. Japamala Resort
Anda suka pantai tetapi pada masa yang sama anda juga pencinta alam semula jadi? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Terletak di Pulau Tioman, resort ini dibina lereng bukit yang terletak dekat dengan pantai.
Jadi, bayangkanlah keseronokan yang anda rasai ketika menginap di tree house yang dikelilingi pokok sambil menikmati pemandangan laut. Lebih syok lagi,anda boleh menginap di chalet yang mempunyai kolam renang peribadi. Syoknya!
Info: Laman web
Lokasi: Kampung Lanting, 26800, Pulau Tioman, Pahang
2. Fox Hill Tree Top
Penginapan ini agak istimewa kerana senibinanya adalah berasaskan rumah kampung Melayu yang lama dan tradisional. Bagaimanapun tiangnya dibina tinggi. Ia memberikan satu gabungan seni bina yang baru dan unik serta tidak boleh ditemui di tempat lain di negara kita.
Lokasi: Lot PT 91, Kg Telok, Mk Ulu Melaka, 07000 Langkawi
3. Rainforest Tree House
Rainforest Tree House adalah tempat percutian dengan enam tree house. Tempat ini memang menjamin privasi dan ketenangan kerana ia terletak di hutan Gunung Pulai, Johor.
Info: Facebook
Lokasi: Gunung Pulai, Taman Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
4. Tungog Rainforest Eco Camp
Asyik Semenanjung saja. Kali ini kita teroka treehouse di sebelah Borneo pula. Tungog Rainforest Eco Camp ini sesuai bagi mereka yang benar-benar cintakan alam semula jadi. Mana tidaknya, anda benar-benar akan menginap di hutan. Anda akan nikmati pemandangan dan kecantikan sebenar hutan hujan Borneo dari platform pemerhatian yang terletak antara pokok-pokok disini.
Info: Laman web
Lokasi: Pin-Supu Forest Reserve Mukim Batu Puteh, 90200 Kota Kinabatangan, Sabah
5. Permai Rainforest Resort
Jika anda merancang untuk bercuti di Sarawak, di sana terdapat resort tersembunyi berdekatan Pantai Damai, terletak di Kuching. Selain aktiviti waktu malam, anda juga boleh melihat ikan lumba lumba Irawadi dan kelip-kelip. Mereka juga ada kayak, snorkeling dan beberapa aktiviti lain. Paling best sekali, walaupun anda sewa treehouse di dalam hutan, anda masih tetap boleh nikmati pemandangan laut!
Info: Laman web
Lokasi: Pantai Damai Santubong, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak