HalalXPlorer Logo
daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
13 February 2023

Ramai Tak Tahu ! Ini Dia 6 Negara Yang Anda Boleh Pergi Untuk Percutian Bajet

Kongsikan:

Percutian adalah perkara paling seronok untuk dilakukan, tambahan lagi kalau percutian dengan menggunakan wang orang dan ditaja.

Bagaimana pula dengan percutian menggunakan duit sendiri ? Best juga, tapi banyak benda nak kena fikir. Terutamanya soal bajet. Sudah semestinya kita mahu pergi ke tempat menarik, mendapatkan pengalaman terhebat tetapi dengan kadar harga yang rendah. Betul tak ?

Jangan risau ! Ini cadangan 6 negara ideal untuk destinasi percutian bajet yang tidak begitu popular dan belum diketahui ramai pelancong.

1. Sri Lanka 

Sri Lanka mungkin bukanlah tempat percutian yang terkenal bagi rakyat Malaysia. Ini kerana ramai tidak tahu yang negara ini menawarkan kombinasi landskap yang hebat, pantai yang memutih, warisan negara yang unik dan memiliki lapan tapak yang diwartakan UNESCO sebagai World Heritage Sites.

Sri Lanka 1 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Penginapan di Sri Lanka juga murah dari tawaran serendah RM60 hingga RM2,456 mengikut hotel yang dipilih. Malah jikalau anda bercadang untuk berjalan-jalan dengan menaiki kereta, sewanya hanya bernilai antara RM200 ke RM280 bagi sehari !

Sri Lanka 2 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Lawatilah tempat menarik seperti Anuradhapura, kota suci penganut Buddha atau Kandy yang mana terletaknya Ceylon Tea Museum, Pinnewala Elephant Orphanage, The Royal Botanical Garden dan Ranweli Spice Garden.

Sri Lanka 4 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Bagaimana mahu ke semua tempat tersebut tanpa kita membeli tiket penerbangan terlebih dahulu? Haa jangan risau sebab banyak penerbangan disediakan dari Kuala Lumpur dengan harga yang berbaloi !

2. Bolivia 

Bolivia merupakan sebuah negara kecil di Amerika Selatan yang bersempadan dengan negara seperti Brazil, Paraguay, Argentina, Chili dan Peru.

Bolivia 1 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Penginapan di negara ini juga tidaklah mahal seperti yang disangka. Melalui aplikasi Trivago anda mampu menyewa bilik semurah RM60 hingga RM466 satu malam. Cukup dengan hanya berjalan-jalan di kota, anda sudah mampu melihat landskap yang indah dengan pesta rakyat dan tarian adat yang sering diadakan di negara ini.

Bolivia 2 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Lawatilah tempat menarik seperti Gunung Illimani dan Lembah Mayuni yang dipenuhi haiwan seperti Illama dan danau yang menakjubkan. Tidak dilupakan Valle de Luna atau Moon Valley yang terkenal dengan permandangan danau yang menakjubkan. Mesti segar mata memandang! 

Bolivia 3 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Cuma satu sahaja masalah destinasi ini, ianya terletak agak jauh dari bumi Malaysia. Ia memerlukan penerbangan yang panjang, dan mungkin anda juga perlu transit di destinasi lain terlebih dahulu. Disebabkan itu, harga tiket penerbangan untuk ke sini sedikit mahal.

3. Argentina

Satu lagi negara di Amerika Latin yang tidak memerlukan banyak perbelanjaan apabila bercuti ke sana ialah Argentina. Anda boleh mendapatkan penginapan indah berdekatan dengan tasik yang cantik dengan harga semurah RM200.

Argentina 1 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Negara ini mempunyai pelbagai landskap yang indah seperti air terjun Iguazu, glasier Perito Moreno, pergunungan Andes dan padang pasir Patagonian Steppe.

Patagonian daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Makanan seperti Alfajores iaitu sejenis manisan yang juga merupakan snek pemanis mulut patut dicuba semua pelancong yang berkunjung ke Argentina. Usah risau mengenai makanan halal kerana pelbagai makanan tradisi Arab telah diperkenalkan di Sepanyol dan ia telah dipelbagaikan ke beberapa negara di Amerika Selatan lain.

Argentina 3 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

4. Bulgaria

Tak semua negara di benua Eropah mahal, ada juga negara dengan kos yang rendah seperti Bulgaria. Ia merupakan antara 16 negara yang terluas di Eropah Tenggara dan selalunya pelancong gemar mengunjungi Kota Sofia, kota kedua tertua di Eropah.

Bulgaria 1 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Penginapan untuk satu malam bermula dengan harga serendah RM60 dan terdapat pelbagai muzium sastera dan seni yang boleh anda kunjungi di sana. Bagi mereka yang gemarkan ketenangan, sejarah dan seni, anda boleh saja lawati tempat seperti Plovdiv Roman Theatre, Palace and Botanical Gardens of Balchik dan Istana Ravadinovo.

Bulgaria 2 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

5. Ireland

Ireland juga adalah salah satu destinasi di Eropah yang tidak begitu mahal. Kedudukan Ireland yang terpisah dengan tanah besar Eropah membuatkan ia jarang mendapat tempat di hati pelancong. Pelancong yang datang dari negara lain di Eropah terpaksa menaik feri atau kapal terbang semata-mata untuk ke Ireland berbanding ke negara lain seperti Switzerland dan Itali.

Ireland 1 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, percutian di sini amat berbaloi kerana ia tidaklah semahal yang disangkakan. Hostel di sini diyakini murah dengan tawaran semurah RM80 ke atas per malam.

Ireland 2 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Anda boleh kunjungi tempat menarik seperti Dublin Zoo, Butlers Chocolate Factory dan berkelah di Glendalough yang merupakan salah satu tempat tercantik di IrelandWow!

Ireland 3 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

6. Honduras

Tak ramai yang tahu akan kewujudan negara bernama Honduras dari Amerika Tengah ini. Ia dikenali sebagai ‘Republik Pisang’ kerana telah menjadikan pisang sebagai komoditi eksport terbesar negara tersebut.

Honduras daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Menurut Idntimes, anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih daripada RM100 untuk makan tiga kali sehari dan berjalan-jalan di sekitar bandar Puerto Cortes.

Pantai dan pasir putihnya tidak kalah indah dari pulau-pulau popular seperti Hawaii dan Maldives. Anda boleh menyelam Pantai Roatan atau mengembara ke Taman Negara Pico Bonito dan melawat hasil tinggalan Kota Mayan di Copan.

Honduras 2 daftar 6 negara liburan terjangkau destinasi percutian bajet rendah countries that you can go for low budget backpackers argentina bulgaria honduras sri lanka ireland lanka bolivia
sumber: instagram

Jadi apa yang ditunggu-tunggu? Rancang percutian anda sekarang! 

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA