HalalXPlorer Logo
27 January 2021

Sempadan New Zealand akan terus ditutup buat pelawat sepanjang 2021

Kongsikan:

Kepada yang merindui New Zealand, anda mungkin perlu 'berpuasa' lagi tahun 2021 ini. Ini disebabkan Perdana Menteri mereka, Jacinda Ardern memberi bayangan sempadan New Zealand akan terus ditutup sepanjang tahun ini disebabkan pegawai kesihatan peringkat global masih menilai pengagihan vaksin COVID-19.

How did New Zealand become Covid-19 free? - BBC News
Perdana Menteri New Zealand. Gambar Hiasan

Ardern berkata, kes positif yang dikesan hujung minggu lalu yang menjadi kes pertama penularan dalam komuniti dalam tempoh dua bulan, menunjukkan COVID-19 masih menjadi ancaman kepada negara tersebut.

Untuk pengetahuan, New Zealand mencatat kes baharu di dalam komuniti, daripada seorang wanita berusia 56 tahun. Beliau dijangkiti COVID-19 10 hari selepas melengkapkan proses kuarantin 2 minggu setelah pulang dari Eropah

Disebabkan itu beliau berkata kerajaannya tidak akan membuka pintu sempadan New Zealand yang ditutup sejak Mac tahun lalu, ketika pandemik menular di seluruh dunia.

Beliau berkata mereka menjangka COVID-19 masih akan memberi kesan kepada sempadan New Zealand sepanjang 2021, melihat kepada risiko di sekeliling kita dan ketidaktentuan pengagihan vaksin.

Sempadan New Zealand mempunyai satu kes baru selepas dua bulan tiada jangkitan COVID-19. - Foto AFP
New Zealand mempunyai satu kes baru selepas dua bulan tiada jangkitan COVID-19. - Foto AFP

Bagaimanapun, Ardern berkata, New Zealand akan meneruskan gelembung perjalanan dengan Australia dan negara di kepulauan Pasifik yang setakat ini, berjaya mengawal penularan wabak itu.

Rancangan melaksanakan gelembung perjalanan pada penghujung Mac ini menimbulkan persoalan, apabila Australia menggantung perjalanan rakyat negara Kiwi berkenaan, selepas berlakunya kes baharu penularan dalam komuniti.

New Zealand detects first community COVID-19 case in two months |  Coronavirus pandemic News | Al Jazeera

Ardern bagaimanapun memberi jaminan kes itu dapat dikawal dengan berkesan, selain mengkritik Australia kerana menyekat perjalanan rakyatnya ke negara berkenaan. - AFP

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA