Jika anda belum tahu, Malaysia dan Singapura sebenarnya telah bersetuju untuk melaksanakan 'travel bubble' bagi membolehkan kemasukan tetamu-tetamu atas urusan penting bermula 17 Ogos tahun lalu.
Dua inisiatif 'travel bubble telah dipersetujui Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawat dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, iaitu inisiatif 'Periodic Commuting Arrangement' (PCA) dan juga 'Reciprocal Green Lane'(RGL)
PCA membenarkan penduduk kedua-dua negara yang memiliki pas imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan bekerja untuk berulang-alik antara dua negara ini dengan tujuan bekerja, sehingga maksimum 2.000 orang sehari manakala RGL membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara, untuk maksimum 400 orang seminggu dan untuk penginapan sehingga dua minggu.
Bagaimanapun, disebabkan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak di seluruh dunia dan juga di Malaysia sejak kebelakangan ini, Kerajaan Singapura telah membuat keputusan untuk menghentikan buat sementara inisiatif RGL dengan Malaysia selama tiga bulan bermula pada 1 Februari 2021.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri republik itu mengatakan bahawa kerajaan mereka secara berkala meninjau langkah-langkah terbaik untuk menguruskan risiko berkaitan COVID-19 di sempadan negara mereka dan akan mengkaji semula peraturan RGL pada akhir tempoh penggantugan RGL nanti.
"Sebarang perubahan pada langkah-langkah kawalan sempadan akan diperbarui di laman web SafeTravel. Pelancong disarankan untuk mengunjungi laman web untuk memeriksa langkah-langkah sempadan yang paling terkini," Katanya.
Sebagai info tambahan, selain Malaysia, Singapura juga menangguhkan 'travel bubble' RGL dengan Republik Korea dan Jerman.