Macau adalah salah satu wilayah Special Administrative Region (SAR) China dan mempunyai autonomi sendiri selepas dijajah oleh Portugis. Kota Macau walaupun kecil tetapi sangat kaya dengan peninggalan sejarah.
Mana tidaknya, Macau telah diduduki oleh Portugis sejak pembinaan petempatan pertama mereka pada tahun 1557 sehingga penghujung zaman kolonial pada 1999 menjadikan Macau sebagai tanah pertama dan terakhir yang dipegang oleh Eropah dalam negara China.
Walaupun telah menjadi milik negara China sejak 1999, namun pengaruh portugis masih lagi kuat di Macau. Contohnya, papan tanda jalan, bas awam, pelbagai papan tanda masih lagi ditulis dalam bahasa portugis. Selain itu, mereka turut mengekalkan banyak bangunan lama dengan senibina portugis. Berada di Macau, pasti membuatkan anda merasakan jauh dari China. Itulah keunikan Macau. Jadi, anda teringin mahu ke sini?
Ini segala berkenaan Muslim di Macau sebagai panduan untuk anda !
Sumber : Forbes Travel Guide Stories
Jumlah penduduk Muslim
Macau adalah antara negara yang mempunyai peduduk terendah di dunia dengan hanya 648,425 penduduk (Sumber: worldpopulationreview) yang terdiri daripada :
- 88.8% Masyarakat China
- 4.6% Warga Filipina
- 2.4% Warga Vietnam
- 1.8% Portugis (penduduk asal Macau)
- 2.8% Lain-lain
Komuniti Muslim bukanlah komuniti yang signifikan di Macau. Dianggarkan kira-kira 400 orang sahaja yang beragama Islam disini.
Ruangan untuk bersolat
Antara cabaran utama jika ke Macau adalah kurangnya tempat untuk solat. Memang cukup sesuai dengan gelaran Macau iaitu 'City of Sin'.
- Macau Mosque and Cemetery (Mesquita e Cemitério de Macau)
Di Macau, hanya terdapat sebuah masjid yang dipercayai dibina oleh Muslim yang tiba bersama tentera Portugis. Kebiasannya , mereka direkrut dari Asia Selatan . Masjid ini hanya mampu menerima 100 orang jemaah.
Bagaimanapun, dikatakan sebuah masjid baru yang mampu memuatkan 600 jemaah beserta Pusat Islam, Restoran Makanan Halal, Hostel, Kelas pengajian dan bangunan kediaman akan dibina pada masa hadapan. Sama-sama kita nantikan, InsyaAllah.
Ibu pejabat persatuan Islam Macau Pintu pagar masjid Tanah Perkuburan Bangunan masjid
Lokasi :
Sajian Mesra-Muslim
Terdapat beberapa Restoran yang menyajikan makanan mesra Muslim (No Pork , No Lard) , dan juga restoran Vegetarian di Macau. Bagaimanapun, kami hanya senaraikan beberapa restoran yang dapat dipastikan statusnya sahaja iaitu Restoran yang mempunyai SIJIL HALAL atau dimiliki oleh pemilik Muslim
- Golden Peacock Restaurant (Michelin Star)
Restoran Golden Peacock adalah restoran Mesra-Muslim yang mendapat pelbagai anugerah antaranya pengiktirafan satu bintang dari Michelin Guide buat 5 tahun berturut-turut. Bukan senang tau nak dapat pengiktirafan Michelin Guide. Restoran ini dibuka sejak 2013, menjadikannya antara restoran mesra-muslim terawal di Macau.
Mereka menyajikan sajian dari India. Walaupun begitu, bukan senang mencari makanan India yang halal dan mendapat pengiktirafan tinggi.
Restoran yang terletak di dalam bangunan The Venetian ini diperakui menggunakan ayam dan kambing yang halal oleh Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong . Sijil ini dipaparkan di dinding premis mereka. So, jika anda berkunjung ke The Venetian jangan lupa singgah ke sini !
Sumber : Halal Planet
Status : Bersijil halal
Lokasi : Shop 1037 , Level 1, The Venetian Macao Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanca Casino , Macau
- Loulan Islam Restaurant
Sumber : Exploring me
Bagi anda yang mahu untuk mengisi perut dan juga mencari sedikit ruang untuk solat, anda boleh menuju ke Loulan Islam Restaurant yang terletak tidak jauh dari Senado Square. Restoran ini menyediakan sajian berasal Xinjiang. Untuk solat, pemilik restoran dari Uyghur ini menyediakan ruang di tingkat-2 restoran ini.
Status : Dimiliki Muslim
Lokasi :
- Loly Indonesian Food
Bagi anda yang teringatkan sajian nusantara boleh ke Loly Indonesian Food yang menyajikan pelbagai masakan Jawa yang Halal.
Lokasi : 33 Rua da Erv, Edificio Pek Hoi Kok
- Anak Djakarta Indonesian Halal Restaurant
Sumber : Anak Djakarta
Sebuah lagi restoran dengan sajian nusantara Halal adalah Restoran Anak Djakarta yang diusahakan oleh saudara Mochammad Thamrin, Anak perantau berasal dari Jakarta.
Status : Dimilik Muslim dan bersijil Halal
Lokasi :
Penginapan Mesra-Muslim
Bagi anda yang merancang untuk bermalam di Macau pula, anda mungkin boleh menginap di Grand Coloane Resort yang merupakan hotel pertama diiktiraf halal di Macau.
Sumber : Expat Living Hong Kong
Café Panorama di hotel ini menyediakan menu halal untuk sarapan, makan tengahari, makan malam, dan juga servis ke bilik. Pengurusan F&B hotel ini sentiasa memantau operasi penyediaan sajian halal untuk memastikan setiap garis panduan diikuti.
Jadi, itulah antara perkara penting berkaitan Muslim yang perlu anda tahu sebelum menuju ke Macau. Jika anda mahu baca artikel lain mengenai Macau klik disini. Selamat mengembara !