Jika hendak bercuti ke luar negara, perkara pertama yang difikirkan sudah pastinya nilai matawang yang berbeza.
Tapi, sudah tentu kita tidak mahu menukar wang secara sembarangan. Ada kemungkinan, money changer yang menjual matawang asing pada kadar yang lebih mahal dan sepatutnya dan tidak berbaloi.
Jadi, timbul persoalan, ada tak money changer yang paling murah? Dengan nilai matawang Malaysia yang tidak stabil, ramai tercari-cari money changer yang menawarkan kadar tukaran wang dengan harga berpatutan.
Jangan bimbang! Berikut kami senaraikan 12 money changer yang menawarkan kadar tukaran antara yang termurah di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan perkongsian satu akaun di Facebook.
1. My Money Master
My Money Master ini sudah menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan mempunyai kadar tukaran wang di antara yang termurah di Kuala Lumpur dan Selangor. Pelanggan yang beratur di lokasi ini selalunya tersangat ramai. Empat atau lima kaunter akan dibuka mengikut keadaan semasa. Ia terletak di tepi San Francisco Coffee.
Lokasi: Mid Valley – LG040 Centre Court
No. Talian: 1800-22-3030
2. MV Forex
MV Forex ni hanya terletak di sebelah My Money Master sahaja. Kadar tukarannya agak murah dan sering dipenuhi dengan pelanggan yang mahu menukar matawang. Namun, kaunter yang dibuka agak sedikit berbanding dengan My Money Master.
Lokasi: Mid Valley – LG042 Centre Court
No. Talian: 03-22844000
3. Jalinan Duta
Cawangan Jalinan Duta juga boleh didapati di KL Sentral. Tidak jauh dari Nu Sentral tetapi kadar tukaran yang ditawarkan sedikit berbeza. Anda perlu semak dahulu kerana kebiasaannya kadar tukaran wang di cawangan Nu Sentral ini lebih murah berbanding di cawangan KL Sentral.
Lokasi: Nu Sentral – LG47A Lower Ground
No. Talian: 03-22766166
4. Global Millennium Trading (GMT)
Jika anda berada berdekatan dengan kawasan Kajang, Bangi atau Putrajaya, memang berbaloi kalau menukar duit ringgit anda di sini. Parking di kawasan ini juga agak murah dan kurang sesak berbanding di Mid Valley.
Lokasi: IOI City Mall – No 43C Lower Ground Floor
No. Talian: 03-89499690
5. Visionary Creation Sdn Bhd
Visionary Creation ini hanya terletak bersebelahan dengan GMT sahaja. Kadar tukaran wang yang ditawarkan juga tidak banyak berbeza dengan GMT. Namun ramai yang lebih suka memilih GMT kerana khabarnya Visionary Creation kurang wang note yang kecil.
Lokasi: IOI City Mall – LG 34B Lower Ground Floor
No. Talian: 03-89538652
6. Vital Rate
Terdapat banyak cawangan Vital Rate yang lain selain di Pavillion Mall. Antaranya adalah di Suria KLCC, Plaza Sungei Wang dan KL Sentral. Pun begitu, kadar tukaran di cawangan Pavilion Mall dikatakan yang paling murah.
Lokasi: Pavilion Mall KL – Lot 1.24.00 Level 1
No. Talian: 03-20319896
7. Spectrum Forex
Bagi sesiapa yang tinggal mahupun bekerja berdekatan dengan bandar Sunway, lawatilah money changer ini kerana cawangan ini dikatakan menawarkan kadar tukaran wang antara yang terbaik dan termurah.
Lokasi: Sunway Pyramid – LG2-61 Lower Ground 2
No. Talian: Call 03-74922070
8. Max Money
Terdapat beberapa cawangan Max Money selain di sini. Antaranya adalah cawangan Maluri, Mid Valley dan Port Klang.
Lokasi: Sungei Wang – Plaza Sungei Wang LG 153
No. Talian: 03-21426000
9. Sky Xchange
Ini antara money changer yang dikatakan terbaik di Jalan Masjid India. Bolehlah cuba ke cawangan ini jika anda tinggal berdekatan.
Lokasi: Jalan Masjid India – 1002-A, Ground Floor
No. Talian: 03-26933400
10. NS Cashpoint
Ini antara money changer terbaik di kawasan Sentul dan Gombak. NS Cashpoint juga merupakan money changer kegemaran ramai kerana banyak menyediakan note kecil.
Lokasi: Sentul – Sentul Boulevard No 6 Ground floor
No. Talian: 03-40455989
11. Antara Duit
Outlet Antara Duit lama yang terletak di Ampang Park sudah pun ditutup. Kadar tukaran yang ditawarkan adalah antara yang termurah di kawasan Segi Tiga Emas dan berdekatan KLCC.
Lokasi: Avenue K – C7, Concourse Level, Avenue K Mall
No. Talian: 03-21611222
12. Yusul Enterprise
Bagi sesiapa yang tinggal atau bekerja di kawasan Kepong, anda boleh ke Pasaraya Lotus Kepong dan menukar wang money changer di sini. Kadar tukaran wang di sini agak murah dan tidak ramai pengunjung seperti di Mid Valley.
Lokasi: Lotus Kepong – Lot SB41, LG1 Carpark, Menjalara
No. Talian: 03-62747690
Waaaah, boleh la cuba kunjungi money changer ini pula nanti!