HalalXPlorer Logo
tol percuma di lebuhraya wce highway free tolls until 2 january 2024
15 December 2023

Tol Percuma Selama Sebulan di Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE) ? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Kongsikan:

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 6 tidak akan dikenakan tol selama sebulan mulai malam ini sehingga 2 Januari depan.

Ini bersempena pembukaan Seksyen 6 dari persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa.

image 3

Ini diberikan kepada pengguna yang memasuki lebuh raya WCE Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau sebaliknya.

 jajaran baharu sepanjang 21.8 kilometer itu menghubungkan secara terus pengguna dari Kapar, Klang ke Assam Jawa.

Pengguna juga dapat menjimatkan masa perjalanan yang mengambil masa 15 minit sahaja berbanding 45 minit sebelum ini.

Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada pengguna lebuh raya.

Pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 akan memberi kesan positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan.

image 4

Destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, misalnya kini boleh diakses dengan lebih mudah oleh pengunjung.Ini akan dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan tempatan.

image 5

Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga bakal mendapat manfaat daripada pembukaan lebuh raya ini sekaligus merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi kepada komuniti setempat.

Lebuhraya ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.

Empat seksyen pertama WCE dibuka sebelum ini pada 2019, melibatkan tiga seksyen di Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin - Beruas).

Satu seksyen di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan - Bandar Bukit Raja Utara).

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA