HalalXPlorer Logo
PPV movenpick KLIA
06 July 2021

KLIA dan Hotel Movenpick jadi PPV berskala besar

Kongsikan:

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Movenpick) telah mula beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 mega terbaru mulai Isnin, 3 Julai 2021.

Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA, 4-Star Hotel near the KLIA /  klia2 – klia2.info

Pengurus Besarnya, Wan Enderi Mohd Saad berkata, PPV itu akan beroperasi setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 9 malam.

Menurutnya, menjadi satu penghormatan apabila Movenpick terpilih sebagai PPV mega bagi daerah Sepang.

"Perkhidmatan disediakan tidak terhad kepada tetamu hotel tetapi juga diperluaskan kepada komuniti.

"Ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat kami dan satu cara syarikat memberi balik kepada komuniti setempat.

"Sebagai sebuah pemain industri pelancongan negara, pihak hotel berharap apabila negara mencapai imuniti kelompok dan kerajaan mempertimbangkan untuk membuka industri pelancongan domestik dengan lebih cepat yang secara amnya nanti dapat membantu industri perhotelan kembali membangun," katanya dalam satu kenyataan media .

No photo description available.

Menurut Wan Enderi, Pusat Konvensyen Movenpick KLIA mempunyai keluasan 16,572 meter persegi dan mampu menampung kapasiti sebanyak 5,000 janji temu setiap hari.

Katanya, sistem operasi hotel juga diselaraskan bagi memastikan garis panduan keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

"Kolaborasi antara Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan pihak pengurusan Movenpick adalah atas dasar tanggungjawab sosial korporat dan nilai kemasyarakatan serta usaha untuk mengekang penularan pendamik Covid-19.

"Maklumat penuh berkenaan perjalanan vaksin di Movenpick boleh didapati di laman web rasmi kami dengan mengimbas kod bar yang tertera," katanya.

May be an image of indoor and text that says 'KELUAR EXIT PUSAT PEMBERIAN VAKSIN MAIN TERMINAL KLIA HCOA HLIAO KOS MeCale'

Dalam pada itu, Pembukaan Pusat Pemberian Vaksinasi Industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diharap mempercepatkan proses vaksinasi kepada 22,243 petugas dalam sektor penerbangan serta berkaitan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata program vaksinasi di PPVIN KLIA dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) berlangsung sehingga 24 September ini.

"Pembukaan PPVIN KLIA ini khusus bagi Sektor Pengangkutan Udara di KLIA dan akan dilaksanakan di Anjung Tinjau, Terminal 1, KLIA mulai jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat," katanya dalam kenyataan.

No photo description available.

Ka Siong berkata, bagi sektor pengangkutan awam darat, beberapa PPV akan dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi membolehkan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat diberikan vaksin dalam masa terdekat.

Katanya, kementerian bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) kini turut menyelaras program vaksinasi kepada pemandu teksi dan e-hailing, pemandu bas dan petugas penghantar barang (p-hailing) membabitkan 355,064 orang.

"Program ini akan dilaksanakan di bawah PPV Awam dan kerajaan menanggung keseluruhan kosnya," katanya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA