Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) selama dua tahun kepada warga Malaysia yang berada di luar negara dengan tarikh luput pasport pada 2021,
Menerusi satu hantaran di Facebook, Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengatakan langkah itu bertujuan memudahkan pembaharuan MIP di luar negara.
Iyalah, pandemik COVID-19 telah yang berpanjangan telah menyebabkan ramai warga Malaysia yang terkandas dan terpaksa tinggal lebih lama di luar negara dan ada di antaranya berasa perlu memperbaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh tamatnya telah hampir sekaligus mengakibatkan peningkatan mendadak dalam bilangan pembaharuan MIP di pejabat luar negara.
Buat warga Malaysia di luar negara boleh menyerahkan permohonan pelanjutan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Suruhanjaya Tinggi atau Kedutaan terdekat dan mengembalikannya di kotak penyerahan yang disediakan. Kemudian, satu E-mel akan dihantar untuk tarikh temu janji.
Anda boleh memilih untuk mendapatkan cap pelanjutan di 'Halaman Pemerhatian' atau di mukasurat 48 pasport. Jangan risau kerana tiada bayaran dikenakan untuk pelanjutan tempoh sah pasport anda.