HalalXPlorer Logo
08 May 2021

Deko Aidilfitri 2021 di pusat beli-belah sekitar Lembah Klang. Yang mana paling menarik ?

Kongsikan:

Pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Pelbagai tema yang diketengahkan oleh pusat beli-belah ini tentunya akan menggamit suasana lebaran dan menarik kehadiran para pengunjung. Jom kita lihat !

Pavilion KL

Walaupun dengan tema 'balik kampung, tetapi dengan pemilihan warna yang vibrant dapat memberi kelainan dan elemen kemewahan dalam hiasan aidilfitri oleh Pavilion KL. Yang paling best disini adalah booth jualan barangan tempatan tau, disediakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

deko aidilfitri pavilion KL

Suria KLCC

Tema 'Rumah Kampung' dan kehijauan di sekeliling benar-benar membuatkan pengunjung seperti berada di kampung. Siap ada ayam lagi tu. Terbaik !

No photo description available.

The Gardens

Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall melangkah ke hadapan dengan hiasan deko mereka. Jika pusat beli-belah sekadar menayangkan rumah berciri kampung, Mid Valley membawa tema persiapan hari raya aidilfitri. Hah, memang meriah lah. Bermacam-macam aktiviti ada seperti menganyam ketupat. Semua peralatan memasak orang dulu-dulu pun ada. Memang feel !

May be an image of outdoors
May be an image of 1 person, sitting and indoor
No photo description available.

1 Utama

1 Utama pula secara spesifiknya mengambil rumah tradisional Melaka sebagai inspirasi dekorasi mereka dengan tangga rumah Melaka yang ikonik !

May be an image of indoor
May be an image of indoor

Sunway Pyramid

Selain daripada kampung, antara memori balik raya adalah Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lah kan. Kalau anda rindukan R&R , haa Sunway Pyramid menampilkan konsep hentian R&R tau !

Avenue K

Sunway Putra Mall

Ini adalah antara konsep paling menarik. Sunway Putra Mall membawa nostalgia buat ibu-bapa dan datuk nenek kita. Tak main la balik kampung naik highway, atok nenek balik kampung naik keretapi tau ! klasik !

Berjaya Times Square

Selamat Hari Raya !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA