Mini Theme Park, Taman Eko-Rimba Bukit Ayer merupakan lokasi perkelahan terkini Negeri Perlis di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang telah mula beroperasi pada 10 Disember 2022 yang lepas.
Para pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang memanfaatkan cuti sekolah dengan berkelah dan bersantai bersama-sama keluarga di Mini Theme Park Bukit Ayer ini.
Harga Tiket
Kadar bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan adalah seperti berikut:
Warganegara
- Dewasa = RM5.00
- Kanak-Kanak = RM3.00
Bukan Warganegara
- Dewasa = RM10.00
- Kanak-Kanak = RM5.00
Kanak-Kanak dibawah umur 6 tahun = PERCUMA
Golongan Kurang Upaya (OKU) = PERCUMA
Hari Operasi
Mini Theme Park Bukit Ayer ini dibuka pada setiap hari dan ditutup pada setiap hari RABU (Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah).
Selain Mini Theme Park ini, pengunjung boleh juga menikmati kesegaran air sungai yang berada disekitar Taman Eko-Rimba Bukit Ayer ini.
Diharap para pengunjung dapat bersama menjaga kebersihan kawasan ekopelancongan ini.
Alamat
Mini Theme Park Taman Rimba Bukit Ayer, Jalan Anak Chelong,, R119, 01000 Kangar, Perlis