10 Mac ini, Mydin bakal membuka cawangan terbaru yang juga merupakan Mydin Mall terbesar di Malaysia dengan keluasan keseluruhan hampir 1 juta kaki persegi. Cawangan terbaru ini adalah di Bandar Baru Tunjong yang terletak di dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan.
Tetapi, yang paling kami suka dan nak puji pihak Mydin adalah konsep baru di mana mereka membina surau di bangunan berasingan (separate building), tetapi tetap mempunyai hubungan (connection) melalui jejantas dengan bangunan kompleks membeli-belah utama.
Bagi kami, memang memudahkan ayah-ayah yang tunggu dalam kereta atau orang dari luar nak menumpang solat juga. Tak perlu la penat nak masuk dalam mall, tercari-cari escalator dan sebagainya. Pada masa yang sama, pengunjung dalam mall pun tetap senang untuk ke surau kerana ada jejantas.
Surau disini pula besar dan selesa. Tak macam beberapa kompleks membeli- belah yang menyediakan surau di lokasi agak tersorok, kecil dan kurang selesa.
Satu lagi konsep menarik di Mydin Mall Tunjong ini adalah pengenalan Bazar Siti Hawa yang akan menjual pelbagai produk kering dan basah dari peniaga-peniaga tempatan. Bazar ini berkeluasan 76 208 kaki persegi, 177 lot kedai. Ini belum termasuk dengan lot-lot kedai yang lain lagi tau. Tahniah Mydin kerana bantu menyokong usahawan kecil dan sederhana !
Dengar cerita akan ada pusat bowling juga di Mydin ni. Hebat !
Lokasi
Mydin Mall Bandar Baru Tunjong, 16010, Kota Bharu, Kelantan