Festival Taman Kuala Lumpur | KL Park Festival
Festival Taman Kuala Lumpur merupakan cetusan idea Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan “KL Orchid and Bonsai Show” (KLOBS) sebelum ini.
Penjenamaan semula KLOBS kepada Festival Taman Kuala Lumpur bertujuan mempromosikan budaya berkebun dan menggalakkan penglibatan aktif warga kota dalam meningkatkan budaya hidup sihat. Melalui festival ini, orang ramai akan lebih terdedah kepada idea baru menghiasi ruang kediaman mereka dan mempromosikan pelbagai aktiviti taman serta memupuk budaya penghayatan alam semulajadi kepada warga kota.
Tema : Laman Seni dan Flora Malaysia
Tema “Laman Seni dan Flora Malaysia” akan mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di Malaysia; dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni.
9 Komponen Pertunjukan Menanti Anda
Festival Taman Kuala Lumpur 2023 akan mempertontonkan pertunjukan yang berasaskan aktiviti dan pertandingan laman serta seni arca; di mana bakat warga kota Kuala Lumpur akan dipertengahkan.
Pertandingan Balkoni KL
Pertandingan ini akan mempertontonkan hasil rekabentuk unik daripada penyertaan warga kota Kuala Lumpur, di mana setiap rekabentuk akan dibina dan dihias di ruang balkoni yang disediakan.
Laman Seni dan Flora Malaysia
Laman ini merupakan pertunjukan rekabentuk “Outdoor Living Space” oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri, berasaskan tumbuhan atau bunga rasmi bandar-bandar di Malaysia.
Pertandingan Arca Alam
Pertandingan seni kreatif arca ini terbuka kepada semua, dalam menghasilkan seni arca yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Seni arca ini akan dipertandingkan dalam bentuk:
- Atas Permukaan Tanah
- Tergantung
- Terapung Dalam Tasik
Keajaiban Titiwangsa
Selamilah suasana mistikal dan rekaan laman fantasi bermandikan cahaya di “Kubah Keajaiban Titiwangsa”. Di sinilah hasil rekaan pereka-pereka tempatan dan antarabangsa akan mempersembahkan laman rekaan masing-masing berserta pameran pokok-pokok “Trending”.
Laman Kediaman
Laman ini merupakan taman pertunjukan pihak penganjur dan penaja, bertujuan memberi inspirasi rekabentuk laman kediaman kepada para pengunjung.
E-Market Place
Sebagai pelengkap kepada lawatan Festival Taman Kuala Lumpur. Gerai-gerai jualan bunga-bungaan, pokok-pokok dan peralatan kebun dan taman menawarkan harga istimewa kepada setiap pengunjung. Gerai-gerai tersebut terletak berdekatan dengan pintu keluar demi keselesaan para pengunjung.
Hab Pelajar
- Pertandingan Arca "Berskala Besar"
- Pertandingan Fesyen Flora
- Pertandingan "Park Shelter"
- Permainan Tradisional
- Sukan
Sudut Santai & Lepak
- 'Food Truck'
- 'Pocket Talk'
- Pertunjukan Basker
- Tempat santai dan rehat
- Juadah
Aktiviti Kembara & Lasak
- Kayak
- Aktiviti Tasik
- Camping
- "Flying Fox" / Zipline
- Berbasikal
- Pameran Produk Aktiviti Kembara
- Kebun Komuniti
Tempat
Taman Tasik Titiwangsa
KLIK UNTUK LOKASI GOOGLE MAPS : KL Park Festival 2023
Tarikh
4-12 March 2023
Time/Waktu
9:00am - 10:00pm