HalalXPlorer Logo
solesor
13 June 2022

Solesor Kampong Beach Resort di Port Dickson Ini Buat Anda Bagai di Luar Negara !

Kongsikan:

Dah selalu pergi ke Port Dickson, asyik resort sama saja kan. Kali ini, ada satu resort yang mesti ramai belum pernah pergi ataupun belum pernah dengar pun namanya.

Solesor Kampong Beach Resort di Port Dickson Ini Buat Anda Bagai di Luar Negara !

[se.lé.sa] | Definisi : (selésa) tidak sempit, lega, luas:Dalam loghat Negeri Sembilan maka jadilah Solesor!

Solesor Kampong Beach Resort , sebuah resort yang baru sahaja dibuka sejak 2021 di Kampung Teluk Pelanduk Batu 12, Si Rusa berdekatan dengan Pantai Dickson dan juga Akademi Imigresen Malaysia. Terletak agak jauh dari hiruk piruk kemeriahan Port Dickson. Memang sesuai untuk sesiapa mencari ketenangan.

Resort berkonsepkan kabin yang cantik ini 100% Mesra Muslim ! Bunyi macam overclaim tapi memang terbukti resort secantik ini sangat mesra Muslim! Setiap kabin disediakan Al-Quran di dalam laci. Terdapat surau yang sangat selesa untuk Lelaki dan Perempuan juga.

Kalau menginap disini memang mudah, tak perlu ke mana-mana dah. Makanan semua sudah disekalikan di bawah satu pakej dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Nak ke pantai pun boleh pergi ke pantai resort tanpa perlu bersesak dengan ramai orang. Yelah, resort baru buka memang line clear !

Walaupun menggunakan kabin kontena dan diubahsuai menjadi bilik tidur, keselesaan tetamu tetap dijadikan keutamaan. Sejuk saja dan tak terasa sempit seperti kabin di resort lain.

Kawasan persekitaran resort pula sangat cantik, boleh 'feel' ala-ala resort mewah di luar negara. Paling seronok duduk di kolam renang sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Solesor Kampong Beach Resort di Port Dickson Ini Buat Anda Bagai di Luar Negara !

Kalau nak mandi pula, kena tahu mereka menggunakan air masin jadi sangat mesra pada kulit dan mata! Lepas mandi takder rasa rengsa pun,dan kalau tertelan tak rasa terseksa sangat. Air sangat jernih dan design infinity pool bersama air pancut sangat cantik. Ada 2 tahap kedalaman untuk kolam kanak-kanak dan kolam dewasa dalam 1.2m kedalaman.

Lokasi

?Solesor Kampong Beach Resort, Lot 4003, Jalan Batu 12, Kampung Baru Telok Pelanduk, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Harga

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA