HalalXPlorer Logo
baby shark
13 October 2022

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya

Kongsikan:
Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Salah satu animasi yang dikenali di dunia adalah animasi Baby Shark. Bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi ibu-bapa pun tahu. Asyik teringat-ingat saja lirik lagunya Baby Shark Du Du Du~, Baby Shark Du Du Du~ Baby Shark ! Hehe.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Buat ibu-bapa di Setia Alam, Meru, Kapar haa sekarang dah boleh bawa anak-anak berseronok dan bermain bersama Baby Shark sebab sebuah taman permainan Pinkfong Baby Shark Adventure Ville by Toy World telah dibuka di Setia City Mall !

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Taman permainan seluas 9000 kaki persegi dibahagi kepada 4 tingkat dan dilengkapi penuh dengan alat-alat permainan dan aktiviti-aktiviti kanak-kanak untuk bersantai.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Tempat ini sesuai untuk anak anda berlatih dan meningkatkan skil bersosial, kognitif, emosi dan fizikal.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Mesti anak-anak anda seronok sangat sebab sebelum ini hanya menonton Baby Shark, tapi sekarang boleh bermain dengan permainan bertema Baby Shark. Kalau kami jadi kanak-kanak mesti kami pun excited !

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya
Kredit : Toy World

Terletak di Level 1 Setia City Mall. Berdekatan dengan LuLu Hypermarket. Taman permainan Baby Shark Adventure Ville ini adalah cawangan ke-3 selepas cawangan pertama dibuka di United Point Segambut, dan cawangan ke-2 di Paradigm Mall Petaling Jaya.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya Toy World Amusement Pink Fong Baby Shark Adventure Ville by Toy World
Kredit : Toy World

Menurut informasi, selepas ini taman permainan Baby Shark ini akan membuka lagi 2 cawangan iaitu di Quayside Mall berhampiran Kota Kemuning dan juga di Pavilion Bukit Jalil.

Harga Tiket

Harga tiket adalah berbeza-beza mengikut hari. Tapi jangan risau, kalau anda pergi awal-awal ni memang boleh jimat tau sebab mereka sedang mengadakan promosi diskaun 20% sempena pembukaan. Buat masa sekarang, harga tiket masuk ke Pinkfong Baby Shark Adventure Ville adalah seperti berikut :

  • Isnin-Jumaat: RM38.40 (NP: RM48)
  • Sabtu & Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: RM46.40 (NP: RM58)
  • Penjaga: RM8.00 (NP: RM10)

Tiket masuk ini adalah untuk sehari, tanpa had masa tau. So memang berbaloi kalau bagi anak main dari pagi sampai mereka penat.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya Toy World Amusement Pink Fong Baby Shark Adventure Ville by Toy World
Kredit : Toy World

Kalau nak buat birthday party kat sini pun boleh tau.

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya Toy World Amusement Pink Fong Baby Shark Adventure Ville by Toy World
Kredit : Toy World

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon tertera : 0196699330

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya Toy World Amusement Pink Fong Baby Shark Adventure Ville by Toy World
Kredit : Toy World

Alamat

?Pinkfong Baby Shark Adventure Ville by Toy World, Level 1, Setia City Mall, 7, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Taman Permainan Bertema 'Baby Shark' Kini dibuka di Setia Alam ! Ini Harga Tiketnya Toy World Amusement Pink Fong Baby Shark Adventure Ville by Toy World
Kredit : Toy World
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA