Rakyat Malaysia yang plan nak balik kampung naik ETS untuk Aidilfitri, this is your lucky day! KTMB baru je announce yang diorang akan tambah 4 tren ETS tambahan untuk laluan KL Sentral–Butterworth dan KL Sentral–Padang Besar (pergi-balik) bagi memenuhi permintaan tinggi musim raya ni.
Bila ETS Tambahan Beroperasi?
Nak balik awal? Atau baru nak gerak lepas raya? No worries! Perkhidmatan tambahan ni akan beroperasi pada 28 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April. So, korang ada banyak pilihan tarikh untuk plan perjalanan balik kampung dengan tenang.
Banyak Seat, Banyak Pilihan!
Setiap hari, ETS tambahan ni akan offer 1,254 tempat duduk termasuk seat kelas perniagaan untuk korang yang nak lebih selesa. Kalau campur semua perjalanan dalam tempoh ni, total seat yang ditawarkan ialah 5,016 tempat duduk. Kalau still tak cukup, jangan risau sebab sepanjang operasi 28 Mac – 6 April, KTMB dah sediakan 12,600 tempat duduk dari perkhidmatan tambahan sebelum ni.
In total, akan ada 40 tren sehari dengan 117,996 tempat duduk sepanjang tempoh ni! Jadi, confirm ramai boleh balik kampung tanpa berebut.
Tiket Mula Dijual Bila?
Kalau korang nak secure seat, set reminder sekarang sebab tiket ETS tambahan ni mula dijual pada 20 Mac 2025, jam 10 pagi! First come, first serve. Jangan sampai melepas!
Nak Beli Tiket? Senang Je!
Korang boleh beli tiket tanpa tunai dengan cara:
- Aplikasi KTM Mobile (KITS)
- Mesin kiosk di stesen
- Laman web rasmi KTMB: www.ktmb.com.my
Reminder Penting!
- Beli tiket awal supaya tak kecewa last minute.
- Datang awal ke stesen untuk urusan dokumentasi & pemeriksaan.
- Check jadual tren supaya perjalanan korang smooth tanpa stress.
Kalau ada soalan atau nak tanya pasal perjalanan, boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau check media sosial rasmi KTMB.
Balik kampung dengan ETS? Confirm chill & selesa! Tak payah pening kepala dengan jem. Book tiket cepat sebelum sold out!