Hampir 3 bulan jugalah, COVID-19 'memaksa' untuk semua rakyat Malaysia tak kira usia untuk tetap tinggal di rumah. Kerja di rumah, sesi persekolahan pun tiada. Anak-anak pula rasa bosan sebab mereka paling lama duduk dalam rumah memandangkan hanya ketua keluarga dan orang dewasa sahaja dibenarkan keluar rumah.
Tapi Alhamulillah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 10 Jun 2020, lebih banyak kelonggaran diberikan dan pelancongan domestik juga sudah dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu ikut SOP yang ditetapkan kerajaan.
Cuma beberapa destinasi seperti taman tema air masih lagi belum dapat dibuka. Sunway Lagoon pula memang terkenal dengan taman tema air kan ?
Tapi jangan risau, kerana di Sunway Lagoon bukan sekadar taman tema air sahaja, pelbagai taman dan tarikan yang lain kan ada !
Untuk pengetahuan anda, Sunway dah umumkan pembukaan semula Sunway Lagoon Wildlife Park mereka bermula 13 Jun 2020 ini dengan pengembaraan baru yang lebih menyeronokkan dari sebelum ini. Tetapi, yang lebih penting di era norma baharu ini adalah penjagaan kebersihan yang lebih ditekankan ! Tiket pula memang murah, bermula dari hanya RM39 jer. Berbaloi !
Membiasakan diri dengan norma baharu, Sunway Lagoon memang terus komited dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan memberi garis panduan keselamatan dan kesihatan buat pengunjung.
Jangan risau sebab Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho, berkata mereka menerima pertanyaan menerusi media sosial berkenaan keselamatan taman tema mereka.
"Kami ingin meyakinkan pengunjung bahawa Sunway Lagoon sangat mengambil berat perihal kebersihan dan memeriksa kualiti air secara konsisten.
"Kami juga sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan sekiranya ada keperluan dan untuk memastikan bahawa fakta disalurkan kepada orang ramai adalah tepat serta selari.
Tetapi, seperti yang telah dipraktikkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) lagi, pengunjung juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan peribadi semasa berada di taman. Pembersih tangan akan dibekalkan kepada pengunjung. Kita jaga Kita !
Sumber : OhMedia
Tonton video di bawah untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai praktis kesihatan dan keselamatan di Sunway Lagoon: