HalalXPlorer Logo
17 March 2022

Irama Dining : Sajian Melayu Klasik Di Tengah Bandaraya Georgetown !

Kongsikan:

Kalau selalu masakan melayu di jual di restoran biasa seperti restoran nasi campur tu dah selalu kita makan kan. Tetapi kalau anda ke Irama Dining di Georgetown, Pulau Pinang ini 'feel' dia memang lain.

Irama Dining : Sajian Melayu Klasik Di Tengah Bandaraya Georgetown !

Lokasi restoran ini memang mudah untuk dicari sebab ia hanya terletak di seberang Jalan Padang Kota sahaja. Ianya berada di tingkat 2, Bangunan Chinese Chamber Of Commerce. Anda boleh naik lif untuk ke tingkat 2 bangunan ini.

May be an image of 1 person and outdoors

Bila sampai ke atas melalui lif yang sangat selesa, masuk sahaja ke ruang restoran ini, anda akan disambut angin sejuk dari penghawa dingin dan mata pula disajikan dengan hiasan dalam yang sangat cantik. Siling kayu yang tinggi dengan chandelier yang membuatkan restoran ni nampak luas dan mewah dengan kelas tersendiri.

Sajian disini disini memang boleh rasa bahan segar digunakan seperti serai, halia, lengkuas,rempah serta cili.

Selain tu harganya juga sangat berpatutan dibandingkan dengan makan di hotel yang kualiti dan kesedapanya agak sama malah mungkin lebih baik!

Secara keseluruhan memang kena datang ke Irama Dining sebab makanan sedap, tempat lawa, selesa, servis terbaik, staff terbaik !

Irama Dining : Sajian Melayu Klasik Di Tengah Bandaraya Georgetown !

Lokasi

? Irama Dining, 2nd Floor, Chinese Chamber Of Commerce, 2, Penang St, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA