Student asrama dulu mesti kenal sangat ikan cencaru atau lebih ramai menggelarnya sebagai ikan jaket disebabkan kulit luarnya yang sedikit keras dan kasar berbanding ikan lain. Dah macam jaket kan.
Dulu-dulu, waktu kami duduk asrama, kalau dengar menu ikan jaket, mesti malas turun dewan makan. Kira macam ikan low class gitu. Keras ikannya, buat ketuk-ketuk aje.
Ikan Jaket Terangkat PJ !
Sebab tu bila kami tahu berkenaan ada satu kedai yang viral sebab menjual ikan jaket kami pun kagum ! Yelah, dari menu yang ramai student tak suka, tapi kat kedai ni disebabkan menu ikan jaket mereka yang lain macam tu boleh buat orang ramai beratur sebelum kedai buka lagi !
Rupa-rupanya, ikan jaket disini rasanya sangat premium. Ikannya segar, dicuci bersih, kemudian disumbat dengan sambal yang sangat sedap dan banyak. Ia kemudian digoreng garing !
Walaupun sambal yang disumbat dalam ikan jaket di goreng garing bersama ikan, tapi gorengan sambal tak hangus dan isi ikan tersebut lembut aje. Lepas goreng tu terus makan je panas-panas. Fuhhhh ! Memang terangkat. Padanlah namanya Ikan Jaket Terangkat.
Resepi sejak 1974, kedai ini menggunakan resepi turun-temurun sejak 50 tahun yang lalu. Kiranya air tangan 'legend' lah ni.
Jika anda tidak meminati ikan jaket , tak boleh makan ikan dan sebagainya, jangan risau sebab kat sini bukan ada ikan jaket saja, tetapi ada pelbagai lagi pilihan lauk-pauk yang lain.
Punyalah nak kata sedap, kedai ni terus berkembang dan sekarang dah ada dua cawangan. Satu cawangan asal di Petaling Jaya, satu lagi cawangan baru di Puchong. Boleh pergi mana yang berdekatan.
Tetapi pastikan anda datang awal disebabkan kedai ini selalu penuh dan anda perlu 'berebut' sikit untuk mendapatkan ikan jaket tu. Selalunya, pekerja kedai baru angkat dari kuali aje dah ramai sambar.
Lokasi
Ikan Jaket Terangkat PJ, Jalan 51/217, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Ikan Jaket Terangkat Cawangan Puchong, Jalan Masjid, Bandar Bukit, 47120 Puchong, Selangor
Waktu Operasi
11AM-3PM | Cuti Jumaat