HalalXPlorer Logo
kedai kopi buruk yang instagrammable di terengganu !
08 February 2023

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !

Kongsikan:
Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Tengku Farah Tengku Zainuddin

'Kedai Ko­pi Buruk'. Itulah nama sebuah ke­dai makan yang baru di­buka di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu pada 14 Januari lalu. 

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Tengku Farah Tengku Zainuddin

Minat mengumpul barangan lama, antik serta mempunyai nilai sen­timental sebagai koleksi pe­ribadi mencetuskan idea buat dua beradik Ahmad Zulhisyam Awang, 35 tahun dan adiknya, Asraff Awang, 29 bagi mengusahakan kedai makan dengan konsep klasik.

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Tengku Farah Tengku Zainuddin

Hasilnya, kedai tersebut nyata mencuri tumpuan dengan himpunan pelbagai barangan lama dan antik.

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Antara koleksi brand terdahulu

Foto: Abam Janggut (FB)

Melangkah masuk ke dalam kedai berkenaan, pelanggan disajikan dengan himpunan barangan lama seperti basikal, vespa, radio, majalah, botol minuman, kerusi dan meja dan gambar-gambar lama.

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Meja kerusi kayu macam style kantin dulu

Foto: Zulhisyam Awang (FB)

Jadi, kalau mahukan suasana sarapan pagi zaman dulu kala boleh singgah ke Kedai Kopi Buruk ini.

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Faizul (Google Photos)

Mee kari, nasi putih ayam cincang, laksa, laksam, lempeng nyior, roti bakar, roti telur goyang, keropok goreng, kopi butter dan kopi buruk antara menu wajib cuba.

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Tengku Farah Tengku Zainuddin
Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Tengku Farah Tengku Zainuddin

Tengok vibes dia pun dah rasa klasik, kerusi meja kayu, ada vespa antik, mesin jahit besi, signage barangan lama. Hok mane berahi, ambe rekomeng!

Kedai Kopi Buruk Yang Instagrammable di Terengganu !
Foto : Faizul (Google Photos)

Lokasi

Kedai Kopi Buruk, 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi

9 pagi - 6 petang (Tutup Jumaat)

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA