Ada yang rindu makanan thai dak? Tapi nak pi pun jauh sangat kan. Itu belum kira macam-macam prosedur lagi. Haaa nak mudah, jemput mai ke Loqsakri Agro Farm di Pendang, Kedah sahaja.
Mai try special dish depa ikan Miang Pla resepi original dari Thailand dengan udang bakaq dalam buah nyoq. Satu-satunya dalam Malaysia. Udang dibakaq dengan ayaq nyoqqq.
Manis ayaq nyoq dengan manis udang tuuu bergabung sekali. Memang surrrrrrr laaa. Cicah pulak dengan sos hijau depa, memang terbaik.
Pemilik tempat ni memang keturunan siam, macam warga Pendang yang lain pun masih ramai keturunan Siam. Jadi rasa tu memang terbaik !
Dok bersila pulakk tepi bendang. Kena angin sepoi-sepoi bahasa. Memang confirm berselera makan kan. Kat sini hangpa jangan dok mai minta nasi pulak. Nasi-nasi takdak nahhh.
Nak mai sini kena booking awal sebab depa guna sistem pondok. 1 pondok untuk 1 family. So hangpa xbercampuq dengan family lain lahh. Nak baring, nak lena ka nak buat apa pon kat pondok hangpa terpulang. Yang seronok bila macamni, walaupun tempat viral tapi tak ramai orang mai serbu sekaligus sebab kena booking kan.
Ada aktiviti apa lagi kat sini? Hangpa boleh memancing, naik kuda, main dgn arnab, kucing, itik semua ada. Boleh laa bawak anak mai santai sambil main lumpuq bendang.
Pertanyaan
Nak tanya menu, booking ka apa hangpa boleh hubungi www.wasap.my/+60104024600
Alamat
Loq Sakri Agro Farm,K358, 06350 Pendang, Kedah
Waktu Operasi
2PM-8PM Setiap Hari