Warga Utara kalau nak mencuba pelbagai menu dari Timur Tengah boleh datang ke Dhubai By Abu Taha yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Antara menu menarik disini adalah Lambshank Kashmiri, Dhubai Chicken Mendy, Dhubai Lamb Madghout dan Beef Ribs Mendy.
Selain nasi arab, ada juga menu Arab-Western. Boleh cuba Khalifa beef ribs dan king prawn olio.
Manisan arab pun ada, paling terkenal dah pastinya Kunafa dan juga Baklava.
Alamat
Dhubai by Abu Taha, D-1, Tingkat Bawah, Taman Hidayah, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi
3 Petang - 10 Malam