HalalXPlorer Logo
penang top attractions
07 December 2020

33 Destinasi Menarik Untuk Dikunjungi di Pulau Pinang !

Kongsikan:

1. Pantai Tanjung Bungah

pantai tanjung bungah

Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown. Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

Lokasi: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

2. Countryside Stables Penang

countryside stables penang

Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.

Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.

Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (2.00pm – 7.30pm)
  • Lokasi: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

3. Muzium Penang Peranakan

penang peranakan mansion

Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinan Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabut yang diguanakan untuk menghias rumah mereka. Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat didalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM20
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)
  • Lokasi: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.

4. Tropical Spice Garden

tropical spice garden

Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-kanak RM15
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)
  • Lokasi: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.

5. Escape Theme Park

escape penang

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM83 | Kanak – Kanak RM55
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm)
  • Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

6. Penang Street Art

street art penang

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Lokasi: Bandar George Town, Pulau Pinang.

7. Tropical Fruit Farm

tropical fruit farm penang

Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang.

Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.

Lokasi: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

8. Muzium Perang

war museum penang

Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.

Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua. Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
  • Lokasi: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang

9. Rumah P. Ramlee

rumah p ramlee penang

Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P. Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P. Ramlee dipelihara hingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negara kita jangan lupa untuk singgah sebentar.

Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30)
  • Lokasi: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.

10. Saanen Dairy Goat Farm

saaanen dairy goat farm

Saanen Dairy Goat Farm ini percuma untuk dilawati dan pengunjung diberi peluang untuk memberi makanan kepada kambing-kambing di sini. Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)
  • Lokasi: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.

11. Toy Museum Heritage Park

toy museum heritage park

Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun. Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM26 | Kanak-Kanak RM19
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

12. Masjid Kapitan Keling

masjid kapitan keling

Masjid Kapitan Keling ini bina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beraga islam. Ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican. Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

Lokasi: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.

13. Made in Penang Interactive Museum

made in penang

Antara tarikan moden yang baru sahaja di buka di penang adalah Made in Penang Interactive Museum.Tempat ini dibahagkan kepada 5 tarikan yang popluar iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time. Tempat ini berjaya mempamerkan sejarah pulau ini dengan cara yang moden dan interaktif.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.

14. Feri Pulau Pinang

penang ferry

Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita. Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM1.20 | Kanak-kanak RM0.60
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5.40am – 12.40am)
  • Lokasi: Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang.

15. Penang 3D Trick Art Museum

penang 3d trick art museum

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandan. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM25
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
  • Lokasi: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.

16. Taman Rama-Rama Penang

entopia penang

Taman Rama-rama Pulau Pinang ini telah lama menjadi destinasi sasaran pelancong yang datang melawat pulau tersebut. Pada tahun 2016, taman ini telah dinaiktaraf, menjadikan ia lebih moden dan luas. Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM65 | Kanak-kanak RM45
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-7.00pm)
  • Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

17. Adventure Zone

adventure zone shangri-la

Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa. Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM48 (2 jam)
  • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)
  • Lokasi: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.

18. Muzium Kamera

penang camera museum

Boleh dikatakan setiap orang suka bergambar, apatah lagi orang yang bercuti, tapi tahukah anda sejarah disebalik kamera?. Kamera juga berubah mengikut zaman dan di Muzium Kamera Pulau Pinang anda berpeluang untuk melihat jauh mana beza kamera zaman dulu dengan sekarang. Jangan lupa bawa kamera!

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM5
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 6.30pm)
  • Lokasi: 49, Jalan Muntri, George Town, 10200 Pulau Pinang.

19. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

turtle conversation centre penang

Pusat konservasi Penyu atau lebih dikenali dengan nama Penang Turtle Sanctuary ini terletak di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang dan dimulakan dengan tujuan untuk memelihara penyu supaya tidak lupus dari muka bumi. Pantai Kerachut ini adalah salah satu tempat dimana penyu Agar datang bertelur.

  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)
  • Lokasi: Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

20. Taman Negara Pulau Pinang

national park penang

Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Kalau anda kaki mengembara dalam hutan pastikan anda melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.

Lokasi: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

21. Penang Time Tunnel

penang time tunnel

Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM29 | Kanak-kanak RM16
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.15am – 7.00pm)
  • Lokasi: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.

22. Amazing World Studio

amazing world studio

Lagi satu studio foto interaktif di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM15
  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)
  • Lokasi: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.

23. Taman Burung Penang

taman burung penang

Taman Burung Pulau Pinang merupakan Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Burung di sini terbang bebas kerana tempat ini tertutup dengan jaring yang besar. Tempat ini direka untuk menyerupai habitat semulajadi burung-burung tersebut. Terdapat air terjun buatan manusia dan kolam yang luas dimana anda dapat melihat burung pelican dan flamingo.

Selain daripada burung anda juga berpeluang untuk melihat haiwan liar seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura.

  • Bayaran Masuk: Dewasa RM23 | Kanak-kanak RM13
  • Waktu Operasi: Monday – Sunday (9.30am – 6.30pm)
  • Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang.

24. Padang Kota Lama

padang kota penang

Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town. Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.

Lokasi: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.

25. Kilang Batik Penang

kilang batik penang

Dibuka pada tahun 1973 di Teluk Bahang, Kilang Batik Penang sudah lama menghasilkan pelbagai jenis produk batik yang menarik. Free tour disediakan setiap hari di kilang ini dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Disini juga terdapat kedai dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
  • Lokasi: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

26. Masjid Terapung Tanjung Bungah

masjid tanjung bungah

Masjid Terapung Tanjung Bungah ini merupakan masjid terapung yang pertama di bina di negara kita. Kerana masjid ini terletak di pertenghan diantara Georgetown dan Batu Ferringhi, ia menjadi tempat bagus untuk anda singgah sebentar untuk beribadat sambil merehatkan diri.

Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang.

27. Little India

little india penang

Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang

28. Pasar Malam Batu Ferringhi

pasar malam batu ferringhi

Jika anda berada di Batu Ferringhi, pastikan anda luangkan masa pada waktu malam untuk melawat Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7:00pm -12:00am)
  • Lokasi: Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang

29. Taman Botani Penang

taman botani pulau pinang

Taman Botani Penang ini mempunyai keluasan 29 hektar dan amat sesuai untuk bersantai atau berpiknik bersama kerluarga. Taman ini terletak di jalan kebun bunga daerah Pantai Barat. Ramai penduduk tempatan datang sini untuk bersenam.

Tambahan pula, ia juga merupakan sebuah institusi botani penting di Malaysia. Antara tumbuhan unik yang dapat dilihat disini adalah teratai amazon, dan pokok berusia 100 tahun. Tahukah anda nama pulau pinang mengambil inspirasi dari pokok Palem Pinang? Tidak kurang menarik haiwan yang berkeliaran di sini seperti kera dan monyet .

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (5:00am – 10:00pm)
  • Lokasi: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.

30. Bukit Bendera

penang hill

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktivit menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Lokasi: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.

31. Fort Cornwallis

fort cornwallis

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.30pm)
  • Lokasi: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 Pulau Pinang.

32. Gurney Drive

gurney drive

Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Lokasi: Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.

33. Pantai Batu Ferringhi

pantai batu ferringhi

Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini. Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringgi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Lokasi: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang dan kami harap anda telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian anda ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana anda pilih untuk dilawati kami harap anda pulang membawa banyak kenangan manis.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA