HalalXPlorer Logo
09 December 2020

AirAsia sambut baik kebenaran merentas negeri dengan jualan tiket serendah RM12

Kongsikan:
AirAsia Tawar Jualan Istimewa 3 Hari, Tiket Domestik Serendah RM12 Sehala!  | Rileklah.com

Bermula 7 Disember 2020, Kerajaan telah membenarkan perjalanan rentas negeri di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan yang dikenakan PKPD.

Selaras dengan keputusan tersebut, syarikat penerbangan tambang murah terulung, AirAsia turut menyambut baik kebenaran tersebut dengan mengadakan jualan tiket murah selama 3 hari untuk penerbangan domestik dengan jualan serendah RM12

Dengan Jualan murah yang bermula dari 7 Disember  tersebutpengguna berpeluang mendapatkan tiket penerbangan domestik serendah RM12 sehala untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 dan 30 Jun 2021.

Jika anda merisaukan tarikh perjalana yang masih tidak menentu akibat situasi sekarang, Airasia juga menyatakan bahawa Semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.

benar rentas negeri

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi, dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi. Baru-baru ini, kami telah mengumumkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Buat pengetahuan korang, harga tiket bagi penerbangan domestik secara sehala ialah RM12 dan RM24 bagi perjalanan pergi dan balik. Namun, bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak dari Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah bermula RM158.

Beriut adalah merupakan antara senarai harga tambang perjalanan dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur :

KL – Penang – KL RM24
KL – Langkawi – KL RM24
KL – Johor Bahru – KL RM24
KL – Kota Bharu – KL RM24
KL – Kuala Terengganu – KL RM24
KL – Kuching – KL RM158
KL – Miri – KL RM218
KL – Sibu – KL RM258
KL – Bintulu – KL RM258
KL – Kota Kinabalu – KL RM278
KL – Sandakan – KL RM278
KL – Labuan – KL RM278
KL – Tawau – KL RM358

Kami Kongsi. Anda Terokai !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA