HalalXPlorer Logo
pelancong china ditemui di mrr2
16 December 2024

Pelancong China hilang di Suria KLCC, dijumpai di MRR2

Kongsikan:

Lelaki warga China yang dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC pada Ahad lalu, Xu Baolin, akhirnya dijumpai pada Rabu di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dalam keadaan lemah. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, menyatakan bahawa Xu dijumpai oleh seorang wanita pada lewat petang Rabu, dengan kesan calar di mukanya.

Siasatan masih diteruskan untuk mengetahui punca kehilangan selepas Xu Baolin stabil dan memberi keterangan lanjut. Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 11.42 pagi Isnin, di mana beliau dilihat kali terakhir bersama keluarganya di medan selera KLCC. Xu Baolin, yang datang melancong bersama keluarganya, dijadualkan pulang ke China pada 17 Disember.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA