Kita ni tak adalah kaya sampai nak ada kolam renang di rumah kan. Jadi,ramai dari kita kalau nak bawa anak mandi kolam renang, kena bawa pergi hotel. Makan modal besar juga tu sebenarnya. Kurang-kurang kena ada bajet RM150+ juga tu untuk hotel biasa yang ada kolam. Belum berbintang-bintang lagi.
Kalau nak bawa pergi taman tema air lagilah mahal, beratus juga kan. Itu baru seorang, kalau family ramai anak-anak lagilah pening kepala.
Sebenarnya ada lagi alternatif lain. Rupanya ramai belum tahu, di Marina Putrajaya ada kolam renang berbumbung, serendah RM3 sahaja. Boleh mandi lama-lama sebab tak kena panas matahari. Siap ada kipas angin lagi kat tiang tu haaa.



Paling seronok, disini ada ladies hour. Waktu hanya perempuan dibenarkan berada di kolam. Yang ini memang sesuai untuk Muslimah.

Selain itu, ada juga kemudahan rekreasi lain seperti gimnasium, stim & sauna, squash, snooker, pool, karaoke, dart, dewan, flyboard, waterski & akuarium.





