Ini adalah Rumah Makan Perpateh, sebuah Rumah Makan yang menyajikan menu klasik Negeri Sembilan dengan membawa konsep melayu lama.
Tetapi, hiasan dalam restoran ini baru sahaja diubahsuai dengan elemen kontemporari. Terasa macam makan di Hotel !
Antara menu disini adalah Sambal Petai Udang Harimau, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Sambal Sotong kaw, Iklan Pari Bakar Sambal.
Makan disini tak macam makan di restoran nasi campur, makanan disini dihidangkan selepas kita membuat pesanan. Memang rasa eksklusif. Tapi harga tak mahal pun.
Misalnya, daging salai 1 mangkuk RM12 (cukup 2-3 orang makan), telur dadar RM2.50, sambal gesek RM2, nasi 2 Orang makan RM4. Baru RM20.5 ! Berbaloi untuk makan di tempat cantik macamni. Katanya, selepas raya haji nanti mereka akan mulakan set Hi-Tea pulak !
Alamat
Rumah Makan Perpateh, 1, Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan