Mesti ramai yang belum tahu kan? Rupa-rupanya anda boleh tuntut baucar makanan jika penerbangan anda ditangguhkan untuk beberapa tempoh masa tertentu. Sebenarnya, semua syarikat penerbangan ada menyediakan pampasan ini termasuklah Malaysia Airlines.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook yang berkongsikan pengalaman seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines mendapatkan baucar makan malam.
Menerusi perkongsian di laman Facebook ‘My Sabah’ menyatakan bahawa sekiranya penerbangan tertangguh tanpa mendapat notis dari pihak penerbangan, penumpang boleh dapatkan baucar makan Malaysia Airlines.
“Ilmu baru, jika flight delayed tanpa dapat notis, kita boleh minta dinner voucher RM35, kalau tak minta tak dapat,” tulis My Sabah di laman Facebook.
Bagaimanapun, baucar yang diberi dari pihak penerbangan Malaysia Airlines itu berjumlah RM35 sahaja dan hanya boleh digunakan untuk beberapa restoran atau kedai makan yang berada di lapangan terbang sahaja. Paling geram, katanya 'Kalau tak minta, tak dapat'. Adehh, jadi jika anda mengalami situasi penerbangan ditangguhkan boleh minta ya !