Harga tiket akan terus kekal mahal seiring dengan pertumbuhan industri penerbangan. Pengekalan harga tiket yang tinggi ini adalah disebabkan syarikat penerbangan mengambil peluang daripada ledakan perjalanan pasca pandemik.
Syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menaikkan harga tiket apabila permintaan melebihi bekalan berikutan pemulihan pesat perjalanan.
Ia selepas sekatan pergerakan disebabkan pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat penerbangan berada dalam keluk kerugian.
Harga bahan api juga semakin meningkat, ia memberikan faktor kukuh kepada harga tiket ini.