Siapa yang tidak kenal Salt Bae, atau nama sebenarnya Nusret Gokce. Sosok lelaki berasal Turki yang mula terkenal pada 2017 disebabkan gayanya memotong serta menabur garam ke atas steak yang unik & kreatif mula tular di media sosial.
Gaya menabur garam dan gaya memotong daging yang menarik tersebut menjadi bualan, menjadi ikutan dan akhirnya menjadikan nama Salt Bae dikenali dunia.
Malah dengan populariti yang diraih di pelbagai media sosial, restoran steak miliknya semakin mendapat tumpuan. Nusret juga membuka beberapa lagi cawangan restoran steaknya di lokasi-lokasi utama seluruh dunia.
Nusr-Et kini mempunyai 22 cawangan di seluruh dunia. 9 daripadanya terletak di negara kelahirannya sendiri iaitu Turkiye, 7 di Amerika Syarikat, 2 di UAE, manakala masing-masing 1 di Qatar, Greece, Arab Saudi dan London, United Kingdom.
Memang gempak juga bila ramai ikon, personaliti ternama dunia turut mengunjungi restoran steak ini antaranya adalah David Beckham, Jason Statham, Naomi Campbell, Paul Pogba, Robert Lewandowski, Lionel Messi, Maradona dan lain-lain lagi.
Namun, ada juga cerita kurang baik mengenai restoran ini kerana dikatakan cawangannya di London yang terletak di Knightsbridge telah tersenarai sebagai antara restoran terteruk di kota tersebut.
Hal itu telah dilaporkan oleh Yahoo News. Menurut satu pemantauan yang telah dilakukan, restoran Nusr-Et London menduduki tangga 17,426 daripapada keseluruhan 17,495 buah restoran di London yang tersenarai dalam TripAdvisor.
Restoran Nusr-Et hanya mendapat 2.9 bintang sahaja di Google Reviews manakala 2.5 bintang di TripAdvisor.
Walaupun terdapat beberapa pelanggan yang memuji suasana, makanan dan layanan yang telah disediakan tapi lebih ramai yang mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan di sana sehingga menyebabkan mereka memberi rating begitu rendah.
Menurut Maria Skinner, selain menghidangkan makanan yang berada di tahap sederhana sahaja, layanan pekerja juga kurang baik. Dia menasihatkan untuk elakkan restoran tersebut.
Manakala Yousaf S yang baru sahaja ke sana dua minggu lepas berkongsi pengalaman yang sama. Telah membayar sebanyak £700 (RM3257), dia mengharapkan layanan yang baik dari pekerja tapi sebaliknya pula. Tak sampai sejam, pekerja yang bertugas terus menggesa dia dan kawan-kawan untuk menghabiskan makanan, seperti mengusirnya. Hal itu sangatlah tidak beradab.
Seorang lagi wanita, Millow, melaporkan bahawa layanan pekerja sangat tidak mesra. Sepanjang masa di sana, pekerja asyik tidak mengendahkan permintaannya dan berbuat seperti tidak melayan langsung. Akhirnya, dia sangat tidak mencadangkan orang ramai ke sana.
Perkara sebegini, lebih-lebih lagi berlaku kepada sebuah restoran yang dikendalikan personaliti ternama amat memalukan. Tambahan lagi, restoran ini boleh dikatakan masih baru dibuka tetapi telah mendapat review buruk sejak dari awal lagi.
Bayangan, sejak restoran tersebut dibuka pada awal 2021 sehingga November 2021, mereka telah mendapat 37 review di TripAdvisor. 21 daripada review tersebut klafisikasikan restoran tersebut sebagai 'teruk'.
Kini, berganjak ke Jun 2022, mereka mendapat 155 review yang mana majoritinya tidak mencadangkan restoran tersebut.
Jadi, jika anda ada impian untuk ke sini . Mungkin boleh fikir dahulu 2-3 kali yaa.