HalalXPlorer Logo
the granite luxury hotel unik dengan kolam renang lantai kaca & lif parking ibarat di jepun
10 September 2022

The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun

Kongsikan:

Rasanya orang Penang pun ramai tak tau ni. Kalau anda pergi ke Jalan Magazine di Georgetown, ada satu hotel yang mempunyai kolam renang dengan lantai kaca !

grantite luxury hotel The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun

Kiranya kalau anda lalu di bawah memang boleh nampak tetamu berenang di dalam kolam.

Haaa, memang best tau. Tapi buat apa tengok dari bawah kan. Baik menginap dan berenang disini.

Selalu orang tunjuk glasswalk saja, yang ni baru betul real deal. Kaki tak pijak lantai. Rasa macam terapung. Kalah infinity pool.

Ini adalah The Granite Luxury Hotel. Dulunya dikenali sebagai M Summit 191 Executive Hotel Suites.

The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun
Kredit : Buletin Mutiara

Pada Julai 2022, Kolam renang di hotel ini mendapat 2 anugerah dari 'Malaysia Book of Records' sebagai 'Highest Cantilevered Acrylic Bottom Swimming Pool' pada ketinggian 49.5 Meter.

The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun
Kredit : Buletin Mutiara

Satu lagi keistimewaan hotel ini adalah tempat letak kenderaan dia yang merupakan tempat letak kenderaan hotel secara automatik tertinggi di Malaysia pada ketinggian 71.2 Meter.

The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun
summit2 The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun

Kalau parking kat sini, tak payah risau nak bawa kereta pusing 'ramp'.Bila ke sini, hanya kereta anda sahaja akan naik lif yang disediakan. Canggih macam di Jepun !

m summit 191 robot car park 03 The Granite Luxury Hotel Unik Dengan Kolam Renang Lantai Kaca & Lif Parking Ibarat di Jepun

Tetapi, paling utama bagi sesebuah hotel adalah bilik penginapan kerana disitulah kita akan meluangkan paling banyak masa.

Jangan risau ya, sebab bilik hotel disini pun besar-besar. Jenis suite. Sesuai untuk keluarga dan golongan eksekutif yang memerlukan ruang besar bagi persediaan apa-apa mesyuarat.

?The Granite Luxury Hotel, 191, Jalan Magazine,10300 George Town, Pulau Pinang

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA