Pencinta kopi pastinya tidak dapat hidup tanpa menghirup kopi setiap hari. Apatah lagi bagi mereka yang memiliki hari yang sibuk dan padat, lebih mudah untuk membeli segelas kopi berbanding menyediakannya sendiri, kan?
Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 13 kedai kopi jenama Malaysia yang bukan saja murah, tetapi juga setanding kualiti kopi antarabangsa, malah lebih sedap !
1. The Brew Crew
Memiliki beberapa cawangan di seluruh Malaysia, The Brew Crew merupakan buah fikiran saudara Adib Abdul Ghani dan bersama rakan-rakannya. Pada awal perniagaan, The Brew Crew Coffee and Tea bermula dari sebuah kedai di tapak pasar malam yang terletak di Miri, Sarawak dan mereka menyediakan kopi yang berkualiti dengan harga amat berpatutan supaya ramai boleh menikmati kopi mereka.
Menu cadangan: Borneo Latte, Salted Egg Croissant
2. ZUS Coffee
Zus Coffee merupakan jenama kopi tempatan yang memulakan operasi sejak tahun 2019 dengan membuka outlet pertamanya di Binjai, Kuala Lumpur. Sejak daripada itu, jenama ini semakin dikenali dan berkembang dengan begitu pantas. Kini, jenama kopi tempatan ini telah memiliki sebanyak lebih 300 cawangan di seluruh Malaysia.
Menu cadangan: Spanish Latte, Roasted Hazelnut Latte
3. Richiamo Coffee
Richiamo Coffee pula boleh dikatakan sebagai kedai kopi yang mesra mahasiswa. Mana tidaknya, banyak cawangan kedai kopi ini bertapak di kampus-kampus induk universiti di seluruh Malaysia. Bukan sahaja mementingkan kualiti kopi yang diimport khas dari Brazil dan Indonesia, tetapi kedai ini juga menawarkan kopi premium dengan harga lebih rendah, terutamanya buat pelajar universiti dan golongan dewasa muda. Jenama ini juga dimiliki oleh Muslim dan pernah mendapat anugerah sebagai 'Brand of the year' dalam 'World Muslimpreneur Award'
Menu cadangan: Iced Caramello Latte
4. Old Town White Coffee
Diasaskan oleh tiga sekawan, Goh Ching Mun, Tan Say Yap, dan Lee Siew Heng, jenama ini berfokus pada penyediaan kopi Hainan — campuran unik yang diperkenalkan oleh imigran Cina dari Hainan di Ipoh, Perak. Kopi ini menggunakan biji yang disangai ringan dalam marjerin, diseduh untuk menghasilkan minuman yang sederhana dengan ton karamel. Untuk memperkayakan rasanya, kopi ini kebiasaannya ditambah susu pekat manis. Oleh itu, White Coffee bukanlah bermakna kopi berwarna putih, tetapi sebenarnya merujuk kepada penggunaan susu dalam pembuatan kopi ini dalam Bahasa Cina!
Kini jenama ini telah berkembang menjadi sebuah restoran lengkap dengan hidangan makanan berat. Walaupun jenama ini tidak dimiliki oleh Muslim namun anda tidak perlu was-was dari status halal kerana ia telah mendapat perakuan Halal dari JAKIM.
Menu cadangan: Old Town White Coffee (Biasa, Hazelnut, Cao, Cham, Salted Caramel, O)
5. Bask Bear Coffee
Asalnya, kedai kopi jenama Malaysia ini hanya membuka cawangan secara maya di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Kopi di sini diseduh menggunakan biji kopi Arabica sepenuhnya, yang diimport dari Brazil, Colombia dan Sumatera Indonesia. Lagi best, anda sudah boleh memiliki kopi ini dari harga serendah RM 7! Meskipun mula membuka kiosk sewaktu pandemik, namun Bask Bear Coffee ini juga merupakan kedai kopi yang berkembang dengan pantas kerana ianya bernaung di bawah Loob Holdings, syarikat sama yang mengendali dan mengembangkan francais Tealive. Sebab tulah kalau anda perasan, kedai Bask Bear Coffee ini memang akan duduk satu kedai dengan Tealive!
Kini jenama ini telah berkembang menjadi sebuah restoran lengkap dengan hidangan makanan berat. Walaupun jenama ini tidak dimiliki oleh Muslim namun anda tidak perlu was-was dari status halal kerana ia telah mendapat perakuan Halal dari JAKIM.
Menu cadangan: Bask Bear Aren Palm Sugar Specials, Mocha Cheese Foam, Salted Caramel Hazelnut Macchiato
Menu cadangan: Americano, Iced Latte, Espresso, Cappuccino
6. Gigi Coffee
Dilancarkan pada tahun 2019, Gigi Coffee pula merupakan sebuah kedai kopi yang menekankan kualiti bijian kopi kerana kesemua menu kopinya dihasilkan menggunakan 100% biji kopi Arabica. Kedai kopi ini juga turut dikenali menerusi menu paling larisnya iaitu Buttercream Latte.
Walaupun dilancarkan pada tahun 2019, namun sehingga kini jenama ini telah mempunyai 127 cawangan di seluruh Malaysia !
Menu cadangan: Buttercream Latte, Pecan Praline Latte, Monday Blue Cookies Latte, Dark Choco Mocha, Seasalt Caramel Macchiato, Seasalt Choco Cream Mocha
7. San Francisco Coffee
Mesti ramai yang ingat jenama ini berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat kan? Tetap sebenarnya, kedai kopi ini adalah jenama jati Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Abdul Rahim Zin, yang ingin membawa budaya kopi yang dilihatnya di San Francisco ke Malaysia. Kedai kopi pertama SFC dibuka pada tahun 1997 di Petaling Jaya. Menurut laman sesawangnya, kedai kopi ini berpegang kepada 3 prinsip emas bagi mengekalkan kualiti kopi – tidak menggunakan kopi yang telah dipanggang lebih daripada 1 bulan; tidak menggunakan kopi melebihi 1 minggu selepas beg dibuka, dan tidak menggunakan kopi yang telah dikisar lebih daripada 1 jam. Uish, dah boleh bayangkan kesegaran kopi ni!
Menu cadangan: Iced Espresso Carmel By The Sea, Espresso Macchiato, Caffé Latté, Caffé Americano
8. Kopi Saigon
Terkenal dengan slogan ‘Tiada Hari Tanpa Kopi’, Kopi Saigon adalah kedai kopi yang menawarkan kopi Vietnam dan ditubuhkan oleh salah seorang pengasasnya, Asyraf Kamal. Kopi Saigon mula beroperasi setelah pengasasnya menjalankan kajian dan penambahbaikan sehingga akhirnya berjaya mencipta menu kopi tempatan yang disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia. Biji kopi Robusta yang digunakan diimport khas dari Vietnam dan menawarkan menu kopi yang diseduh khas menggunakan penuras Phin persis seperti di Vietnam. Wow!
Menu cadangan: Kopi Saigon, Kopi Hitam, Kopi Kelapa
9. Nasken Coffee
Nasken Coffee yang diusahakan oleh 2 orang anak muda Kelantan, Mohd Nazif Bin Ab Aziz, 25 tahun merupakan Ketua Pegawai Eksekutif manakala Mohd Hairi Bin Mat Isa, 34 tahun sebagai Ketua Pegawai Operasi.
Selain pelbagai aneka kopi, Nasken Coffee turut menyediakan juadah lain seperti makanan western dan pelbagai jenis kek yang menjadikan restoran ini destinasi pilihan untuk penduduk setempat.
Keenakan kopi serta aneka hidangan daripada Nasken Coffee juga membuatkan jenama ini mendapat sambutan ramai. Kini, jenama kopi kebanggaan Kelantan ini telah mempunyai 25 cawangan di beberapa buah negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.
Menu cadangan: Latte Caramel
10. Kopi Dua Darjat
Bila tengok nama kedai kopi ini, teringat pula dengan filem P.Ramlee. Walaupun kedai ini masih mengekalkan konsep gerai kopi jalanan, namun ianya sudah bertapak di beberapa kawasan besar di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Istimewanya kopi di sini dicampur dengan sirap pilihan yang terdiri daripada karamel, gula apong, susu pekar, butterscotch, vanila dan hazelnut. Bagi mereka yang sukakan rasa kopi yang tidak terlalu kuat (dan murah), ini pastinya pilhan yang tepat untuk anda.
Menu cadangan: Darjat Vanila, Darjat Borneo, Kopi Warisan, Coklat Artisan, Matcha Karamel