Bali akan memiiki sebuah taman tema terbesar di Asia Tenggara apabila syarikat Paramount Pictures telah menandatangani persetujuan untuk membenarkan penggunaan nama dan harta inteleknya dalam satu pembinaan taman tema berkeluasan 141 Ekar.

Taman tema yang masih belum diberi nama secara rasmi tersebut merupakan sebahagian daripada pembangunan bercampur Taman Kerthi Bali Semesta atau dikenali sebagai Taman KBS yang mempunyai luas keseluruhan 1,480 Ekar.
Pemaju Indonesia, PT Kios Ria Kreasi telah dipilih sebagai pemaju projek tersebut yang dijangka bakal siap pada 2025.

Katanya, pihak pemaju akan menjadikan lebih 1,000 filem,jenama dan karaktek yang dicipta oleh Paramount Pictures sepanjang 110 tahun penubuhan mereka sebagai rujukan dalam membina tarikan di taman tema tersebut. Antara karaktek yang terkenal adalah dari jenama Nickelodeon’s seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer, and Teenage Mutant Ninja Turtles.
Projek pembangunan tersebut juga bakal disertakan pembangunan 2 hotel bertema iaitu Paramount Paramount Grand Resort dan the Nickelodeon Resort.
Taman tema tersebut juga bakal disertakan bahagian "Land of Legends", yang merupakan kawasan tema khas berkenaan budaya dan mitologi Indonesia. Bahagian ini akan memperkenalkan permainan berciri Indonesia yang pertama di taman tema antarabangsa.
Dijangka, taman tema tersebut bakal menarik lebih dari 5 juta pengunjung setahun. Jangkaan tersebut adalah lebih tinggi berbanding kehadiran pengunjung ke Universal Studios Singapore semasa pra-pandemik dan juga bakal menjadikan taman tema tersebut sekurang-kurangnya berada di dalam golongan 25 teratas dalam senarai taman tema global.