Berita baik untuk orang Pulau Pinang. Feri baru Pulau Pinang dah sampai untuk fasa percubaan. Feri baru akan dilancarkan pada 7 Ogos 2023 (Isnin) 6.00 pagi hingga 8.30 malam.
Feri baru yang bakal dilancarkan berkapasiti 150 orang dan 50 motosikal yang akan menghubungkan Butterworth dan Georgetown dengan masa perjalanan sekitar 10 minit sahaja.
Kos setiap feri berharga RM18 jutaTidak seperti feri lama yang legend sebelum ini, feri ni tidak direka untuk kereta.
Anda boleh menaiki feri baru secara percuma untuk satu bulan selepas pelancaran.
Feri baru mempunyai ciri ciri keselamatan moden seperti CCTV, alat pengesan kebakaran dan peralatan real time monitoring.