HalalXPlorer Logo
kerajaan mahu pulihkan kedudukan klia dalam senarai skytrax menjadi antara 10 terbaik di dunia
28 April 2023

Kerajaan Mahu Kembalikan KLIA Dalam Kelompok 10 Lapangan Terbaik Dunia

Kongsikan:

Baru-baru ini, Skytrax telah mengeluarkan senarai 100 lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2023. Menerusi senarai terbaru tersebut, kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jatuh 5 anak tangga berbanding tahun 2022.

Tahun ini, KLIA menduduki tangga ke-67 berbanding kedudukan ke-62 terbaik dunia pada 2022. Sebagai rekod, itu adalah pencapaian terburuk bagi lapangan terbang kebanggaan negara tersebut yang pernah menduduki tempat ke-2 pada tahun 2001 sebelum jatuh ke tempat ke-14 pada 2013 dan seterusnya tempat ke-44 pada 2018.

pola kemerosotan ini harus diberi perhatian selain ianya harus diperbetul bagi memulihkan imej negara di peringkat antarabangsa.

image 1 4

Antara punca kemerosotan tersebut adalah sistem canggih pada 25 tahun lepas tidak lagi bersesuaian pada hari ini dan kapasiti sistem dan perkhidmatan yang ada di lapangan terbang itu harus dikemaskini.

Sebagai contoh, lambakan aduan penumpang dan pelancong berkenaan kerosakan sistem aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal utama dan juga terminal satelit KLIA dan proses imigresen yang mengambil masa terlalu lama di KLIA.

Sehubungan dengan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan hasrat untuk meletakkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali berada dalam kelompok 10 terbaik dalam senarai 100 lapangan terbang terbaik di dunia dunia oleh Skytrax.

Justeru, beliau menggesa semua pihak berkaitan untuk berganding bahu bagi merealisasikan aspirasi ini dan mengambil perhatian bagi menyelenggara dan menaiktaraf sistem operasi di KLIA seperti Aerotrain dan juga sistem pengendalian bagasi.

Dua komponen tersebut amat penting bagi meningkatkan pengalaman pengguna selain beberapa faktor lain seperti keadaan persekitaran dalam dan luar lapangan terbang, pengalaman beli belah dan kemudahan lounge kepada penumpang.

Faktor-faktor yang akan meningkatkan kepuasan hati penumpang ini secara tidak langsung akan menjadikan KLIA sebagai salah satu kebanggaan negara dan juga pilihan penumpang sebagai salah satu lapangan terbang terbaik di dunia.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA