Mungkin anda pernah dengar sebelum ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pernah melancarkan tren khas dari KL Sentral terus ke Hat Yai yang dinamakan Tren My Sawasdee.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan sebelum ini, KTMB kini bawakan tren My Sawasdee edisi ke-3 di bulan Disember ini.
Bagi edisi kali ini, ia lebih meriah sebab ada 3 trip perjalanan disediakan tau. Tarikh perjalanan adalah pada 9 Disember 2022, 23 Disember 2022 dan juga 30 Disember 2022. Berikut adalah jadual perjalanan.
Terma & syarat:
1. Tiket boleh dibeli untuk perjalanan sehala atau dua hala.
2. Harga tiket adalah bagi Dewasa sahaja. Tiada tambang kanak-kanak atau konsesi ditawarkan.
3. Harga tiket hanya untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai dan sebaliknya.
4. Tiket tidak termasuk makanan/minuman/pakej lawatan di Hatyai.
Jualan tiket akan dibuka bermula 29 ???????? 2022 ????? ??? 3:00 ??????.