Sebelum tular, baik kita pergi dulu. Baru jer buka pada 2 september haritu. Tempat ni memang best, bukan untuk anak-anak je. Siap mak ayah pun enjoy main juga.
Fun X World terletak di tingkat 2, Summit USJ. berkeluasan 55,000 sq ft. Luas dan mainlah puas-puas.
- Unlimited arcade. Boleh main puas-puas.
- Fairyland Bumper Car. Wajib main tau.
- Castle Adventure Skate. Main roller blades, skuter kat sini puas2. Available utk dewasa & kanak-kanak. Besar giler tau kawasan dia.
- Forest Escape Playground. Luangkan masa dengan anak-anak kat sini. Anak seronok, parents pon seronok kat sini.
- Makanan luar tak dibenarkan masuk tapi tak perlu risau. Anda tak akan lapar. Kat sini ade Food Garden Cafe.
- Setiap sisi view tempat ni memang instagrammable sangat. Cantik!
- Stroller tak boleh bawa masuk. Perlu letak di entrance
- Wajib pakai kasut bertutup dan berstokin. Stokin boleh beli RM5.
Tiket
- Ibu Bapa/Penjaga (Tak Main Games): RM20/orang
- Kanak-Kanak/Penjaga Yang Nak Main Games : RM50/orang
- Kanak-Kanak bawah 80cm : Percuma
- Pautan membeli tiket : Boleh klik pautan ini.
Tandas bersih dan kawasan mesra bayi. Bolehlah bawa anak-anak untuk bersuka ria. Mak ayah pun perlu enjoy dan turut serta dengan pelbagai permainan barulah berbaloi. Rating 5
Untuk dapatkan tiket Fun X World baik beli secara atas talian saja. Boleh klik pautan ini.
Lokasi
Fun X World, Lot 2.140B Level 2, Summit USJ Mall, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor