Tanjung Tualang menyimpan 1001 kisah industri pelombongan bijih timah di Perak. Disini adalah satu-satunya lombong bijih timah yang terakhir dan masih kekal sehingga ke hari ini.
Jom ke Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 , atau TT5 Perak ini dan anda akan mendapat tambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah dan pelbagai tarikan lain.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat dan meneroka kapal korek biji timah yang berusia lebih 82 tahun di sana Kalau nak mempelajari teknik mendulang bijih timah, ada juga tapak yang disediakan.
Kepada yang datang bersama anak-anak kecil,ada juga Taman Sesat atau Maze Park dengan keluasan 55,000 kaki persegi dan juga merupakan “The Biggest Maze Park”.
Semasa pembelian tiket, kita akan dibekalkan dengan poskad dan boleh diposkan kemana sahaja alamat yang kita tulis tulis dan masukkan kedalam peti surat yang disediakan dalam pagar sesat (perlu cari sendiri).
Pihak TT5 akan poskan untuk anda.Pagar sesat ini sangat-sangat menarik rekaannya, instaworthy, ada 'can tin' , ada landasan keretapi, ada cafe, arnab dan ayam (the only animal that poop breakfast).
Difahamkan, destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.
Tiket masuk dewasa RM5 untuk ke garden area sahaja dan RM15 untuk pakej sekali masuk kapal korek. Siap ada tour guide akan bawa kita ke dalam kapal korek tu nanti. Manakala RM10 dikenakan untuk kanak-kanak.
Alamat
Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
KM9, Jalan Tanjung Tualang,
31000 Batu Gajah, Perak
014-904 3255
https://goo.gl/maps/ZxYdHg2fS1UqJzmKA
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut hubungi mereka di talian
014-904 3255