HalalXPlorer Logo
25 February 2022

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan

Kongsikan:

Membuat tempahan penerbangan nampak mudah, tetapi sebenarnya ia perlu dilakukan dengan fokus dan teliti supaya tiada kesilapan remeh berlaku.

Ini kerana, terdapat banyak maklumat yang walaupun nampak remeh ketika tempahan dibuat akan memberi kesan besar dan mempengaruhi perjalanan kelancaran perjalanan anda.

Antara kesalahan yang sering dilakukan sewaktu membuat tempahan penerbangan adalah :

Identiti penumpang

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan

Sentiasalah periksa kembali maklumat identiti penumpang sebelum membuat pembayaran tiket. Ingat! Kesalahan pada ruangan ini sangat meninggalkan kesan khususnya untuk penerbangan antarabangsa.

Perhatikan betul-betul tiada kesalahan ejaan pada nama & kita perlu memasukkan nama penuh (sama dengan kad pengenalan & pasport), nombor pasport betul, tarikh lahir serta jantina penumpang mestilah betul dan semak juga tarikh tamat tempoh pasport.

Nama lapangan terbang

tempahan

Kebanyakan orang hanya fokus kepada destinasi, bukan lapangan terbang. Sedangkan, banyak bandaraya di dunia mempunyai lebih dari satu lapangan terbang, malah dua atau tiga buah.

Sebagai contoh, bandaraya London mempunyai 6 lapangan terbang utama iaitu London City Airport, Gatwick Airport, Heathrow Airport, London Luton Airport, London Stansted Airport and London Southend Airport.

Kesilapan memilih lapangan terbang pasti akan membuatkan anda terpaksa mengubah itinerari perjalanan.

Perhatikan dengan jelas tentang airport yang paling dekat dengan destinasi dituju dan aspek pengangkutan.

Oh ya! Semak juga apakah lapangan terbang semasa ketibaan dan pelepasan anda sama atau tidak.

Penerbangan lanjutan/transit

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan

Sediakan minimum 90 minit jika anda mempunyai transit atau perlu mengambil penerbangan seterusnya. Harus diingat, banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku selagi anda belum menaiki pesawat seterusnya dan banyak yang perlu diurus ketika transit.

Jika anda membuat tempahan penerbangan lanjutan, seelok-eloknya tempahlah dengan syarikat penerbangan yang sama atau menjalinkan kerjasama dengan penerbangan pertama. Juga pastikan anda sampai di ruang menunggu 20 minit sebelum waktu masuk pesawat.

Perbezaan waktu

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan

Berbeza negara khususnya benua bermaksud zon waktu juga berbeza. Contohnya jika anda terbang dari Sydney, Australia pada waktu pagi, anda akan sampai di Los Angeles, Amerika Syarikat juga pada waktu pagi.

Zon waktu ini memang penting, untuk tempahan kenderaan dan penginapan di destinasi yang dituju.

Waktu penerbangan

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan

Setiap syarikat penerbangan mempunyai cara tersendiri apabila menulis waktu penerbangan di tiketnya. Ada yang menggunakan waktu AM dan PM atau waktu 24 jam.

Selalu berlaku, kerana tidak berhati-hati, waktu AM dan PM disangka waktu 24 jam. Jika tidak yakin, hubungi terus operator syarikat penerbangan untuk kepastian mengenai waktu pelepasan.

Berat bagasi

Jangan Ambil Mudah ! Ini 6 'Common Mistake' Selalu Dilakukan Sewaktu Membuat Tempahan Penerbangan
Sumber : Clever Journey

Setiap penerbangan mempunyai peraturan berat bagasi, malah untuk domestik dan antarabangsa juga ternyata berbeza. Dalam hal ini, kesalahan banyak terjadi jika melanjutkan penerbangan dari pesawat biasa ke pesawat tambang rendah. Pesawat tambang rendah biasanya memiliki berat bagasi jauh lebih kecil berbanding pesawat biasa.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA