Singapore Airlines (SIA) merancang memulakan penerbangan tanpa destinasi, iaitu perjalanan pergi dan balik di lapangan terbang yang sama dalam usaha merangsang semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Penerbangan daripada Lapangan Terbang Changi dijadualkan bermula penghujung Oktober ini dan turut dipakejkan bersama penginapan di hotel, baucar membeli belah dan perjalanan limosin yang mana setiap penerbangan dijangka mengambil masa tiga jam.
Projek berkenaan bakal direalisasikan selepas satu tinjauan menunjukkan 75 peratus dari 308 peserta menyatakan persetujuan membeli tiket bagi penerbangan berkonsepkan norma baharu itu.
Selain SIA, pada bulan lalu, beberapa syarikat penerbangan di Jepun dan Taiwan turut melancarkan kempen sama antaranya All Nippon Airways (ANA) dan Starlux Airlines.