HalalXPlorer Logo
flight
29 March 2025

Patutlah Semua Kalut, Ini Rupanya Sebab Orang Berlumba-Lumba Masuk Kapal Terbang Lebih Awal !

Kongsikan:

Di lapangan terbang, mesti ada penumpang yang tak sabar berdiri dekat pintu masuk, menunggu giliran untuk naik kapal terbang. Mungkin anda pernah terfikir, “Kenapa nak tergesa-gesa? Masuk awal pun tetap kena tunggu.”

Rupanya, ada sebab kukuh kenapa anda patut cuba naik pesawat secepat mungkin. Selain mengelakkan keributan, ada beberapa kelebihan yang mungkin tak ramai sedar.

1. Ruang Bagasi Lebih Terjamin

Salah satu sebab utama untuk naik awal ialah memastikan ruang untuk bagasi kabin anda. Jika anda naik lewat dan ruang atas tempat duduk sudah penuh, anda mungkin terpaksa letak bagasi jauh dari tempat duduk sendiri – atau lebih teruk, terpaksa menyerahkannya kepada kru untuk dimasukkan ke dalam kargo. Ini boleh menyusahkan bila tiba waktu keluar dari pesawat.

2. Kurang Risiko Dikeluarkan Dari Penerbangan

Walaupun jarang berlaku, ada situasi di mana syarikat penerbangan perlu mengurangkan berat pesawat akibat faktor cuaca seperti angin kuat atau suhu tinggi. Biasanya, mereka akan meminta sesiapa yang sukarela untuk turun terlebih dahulu. Tapi jika tiada yang sanggup, mereka mungkin akan mula mengeluarkan penumpang berdasarkan siapa yang naik paling akhir.

Seorang pengembara berkongsi pengalaman di mana dia menjadi salah seorang yang terpaksa turun dari pesawat kerana berada di barisan terakhir ketika menaiki kapal terbang. Pesawat tetap berlepas – tetapi tanpa dia! Bayangkan perasaan bila melihat beg anda terus terbang tanpa anda di dalam pesawat.

3. Kurangkan Tekanan dan Lebih Bersedia

Naik pesawat awal juga membolehkan anda duduk dengan tenang, menyusun barang di tempat yang sesuai, dan bersiap sedia untuk penerbangan tanpa tergesa-gesa. Anda juga dapat mengelakkan kesesakan di lorong sempit pesawat, di mana orang berebut-rebut mencari tempat duduk atau menyusun bagasi mereka.

Jadi, lain kali jika anda nampak orang beratur awal untuk menaiki pesawat, jangan cepat menghakimi. Mungkin mereka tahu sesuatu yang anda belum tahu! Jika anda ingin perjalanan yang lebih lancar, mungkin sudah tiba masanya untuk mula masuk pesawat lebih awal juga.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA