Sebelum ini kami pernah kongsikan berita yang taman tema Sunway Lagoon telah mula dibuka pada waktu malam. Harga tiket dikenakan adalah RM35 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak.
Ha tapi sekarang kami ada berita baik dan berita buruk sikit ni. Tiket masuk ke Sunway Lagoon Night Park telah dikemaskini tau. Sekarang harganya adalah RM60 bagi dewasa dan RM55 bagi kanak-kanak.
Berita baiknya pula, harga tiket naik sebab semakin banyak permainan dan tarikan dibuka pada waktu malam. Sebelum ini hanya 7 permainan dibuka tapi sekarang lebih banyak.
Antaranya ialah Rapid River, Colorado Splash, Butch Cassidy, Vultures, Carousel, Wagon Wheel, Lost City of Gold, Apache Pots and Pirate's Revenge.
Terdapat juga pelbagai persembahan menarik seperti the Spirit of Iosheka dan aktiviti seperti Bow & Arrow, Can Toss, Meet & Snap with Captain & Lady, Wild West Mingle dan pelbagai lagi.
Jam 8 malam, anda boleh saksikan ‘Cow Milking’ secara langsung.
Beli Tiket Sunway Lagoon Night Park Disini !