Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan tambang percuma selama dua minggu buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Menurut PPSB, tawaran tambang percuma itu bakal dinikmati oleh pengguna selama 2 minggu bermula 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021.
Bermula 1 Januari tahun hadapan PPSB akan menyediakan perkhidmatan feri untuk membawa motosikal dan basikal selain daripada penumpang pejalan kaki.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengumumkan bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.
Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda di negeri Pulau Pinang