HalalXPlorer Logo
feri pulau pinang langkawi
15 December 2023

Jom Naik Feri ! Feri Pulau Pinang Percuma Sepanjang 2022

Kongsikan:

Sejak 1 Julai 2021, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melancarkan program feri percuma dan sukacita dimaklumkan kerajaan negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyambung pembiayaan tambang feri pejalan kaki Pulau Pinang selama setahun lagi iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2022.

Sehubungan itu, semua warganegara Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan orang kurang upaya (OKU) adalah layak untuk menikmati perkhidmatan itu secara percuma.

Penumpang hanya perlu membawa MyKad dan perlu sentuh di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) untuk mendapatkan tiket percuma sebelum menaiki feri.

Program tersebut turut digandingkan dengan program Pas Mutiara bagi perkhidmatan Rapid Penang, ia sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri di mana keseluruhan jaringan pengangkutan awam sama ada melalui air atau darat adalah percuma.

Harap dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA