Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sudah pastinya pernah melihat satu tarikan dengan air terjun terletak bersebelahan Lebuhraya ini.
Ini adalah Bamboo Hills, sebuah pembangunan baharu yang mengumpulkan lebih 10 jenama F&B serta ruang acara yang dikelilingi landskap indah merangkumi air terjun, kolam inspirasi Jepun dan juga kehijauan pohonan.
Pilihan F&B
Antara jenama F&B yang berada disini adalah Ginger KL by Brickhouse Group, Kampai Yakiniku, Potager, Tap Room Gastropub, Nok Yung Fine Thai Cuisine, Ken shin-ryu ramen, Homegrown bakery, Botanica + Co, dan juga Starbucks yang mempunyai pandu lalu (Drive Thru).
Sayang seribu kali sayang...
Walaupun terdapat banyak jenama F&B yang beroperasi disini, bagaimanapun kami agak terkilan kerana majoriti jenama beroperasi disini tidak mempunyai status halal. Walaupun ada sebahagian yang restoran yang tidak menjual daging tidak halal, tetapi mereka menjual alkohol di dalam premis.
Kunjungan anda ke mana-mana restoran disini adalah atas tanggungjawab sendiri ya. Setakat ini, kami hanya mencadangkan Starbucks sahaja sebagai F&B yang 'selamat' untuk anda kunjungi disini.
Sudah tentu bukan kuasa kita untuk menghalang restoran-restoran tersebut untuk beroperasi, cuma kami harap pada masa akan datang akan ada penyewa terdiri dari jenama F&B milik Muslim atau sekurang-kurangnya jenama F&B yang memiliki sijil Halal untuk beroperasi disini. InsyaAllah.
Spot Bergambar
Walaupun tak dapat menikmati hidangan enak-enak yang Halal disini. Anda tetap boleh datang dan bergambar di sekeliling kawasan ini.
Direka dengan inspirasi taman di Jepun, kawasan ini cukup cantik dikelilingi kehijauan pohon dan kolam seperti Zen di tengah-tengahnya.
Aksesibiliti
Pembangunan terbaru dari UOA Group ini terletak di tepi Lebuhraya DUKE dan mempunyai akses terus dari Lebuhraya tersebut ataupun dari Jalan Ipoh.
Caj meletak kenderaan dikenakan RM5, per kenderaan tanpa had masa. Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan diskaun RM2 jika anda membeli dari mana-mana F&B disini. Anda hanya perlu menunjukkan resit pembelian kepada penjaga letak kenderaan.
Alamat
Bamboo Hills KL, off Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Taman Bamboo, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Google Maps : https://goo.gl/maps/NguphYRGi1rxMjWG9