HalalXPlorer Logo
parkroyal langkawi sudah mula dibuka. siap ada private pool parkroyal langkawi has opened set to welcomed guest private pool hotel in langkawi
28 February 2023

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !

Kongsikan:

Langkawi adalah salah satu destinasi percutian paling terkenal di Malaysia. Bermula dari sejarah dan pelbagai kisah rakyat, pantai yang bersih, hutan yang terpelihara dan pelbagai barangan bebas cukai. Maka tak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Disebabkan itu, semakin banyak resort dan hotel dibina di Pulau Lagenda ini. Terbaru, adalah Parkroyal Langkawi Resort di Pantai Tengah yang merupakan salah sebuah resort di bawah kumpulan  Pan Pacific Hotels Group.

PARKROYAL Langkawi Resort

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Resort bertaraf 5 bintang terbaru di Langkawi, baru sangat buka 15 Februari lalu. Resort dengan 301 bilik itu terletak di lokasi strategik iaitu sepanjang Pantai Tengah yang luas, berhampiran Pantai Cenang yang meriah dengan pelbagai aktiviti.

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Ia juga terletak berdekatan dengan tarikan tempatan seperti Underwater World, Sky Bridge Langkawi, Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise, Cenang Mall, Lapangan Terbang Antarabangsa LAngkawi dan banyak lagi.

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Selain daripada 301 unit bilik terdiri dari 6 jenis, Parkroyal Langkawi Resort juga menawarkan koleksi lapan jenis suite, dan tujuh villa yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik.

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Nikmati Hidangan Citarasa Mewah

Resort ini dilengkapi restoran moden menyediakan makanan laut pantai dengan pengaruh Asia Tenggara – merangkumi falsafah farm-to-table dengan memiliki taman tersendiri untuk menanam herba segar dan aromatik.

Para tetamu akan disambut dengan pengalaman hospitaliti kelas pertama di CASSIA iaitu tempat makan sepanjang hari (all-day dining venue) yang mempamerkan masakan tempatan dan antarabangsa teater kulinari.

LANCAVA pula memenuhi keperluan tetamu yang lebih suka berehat sambil menikmati hidangan lazat dengan pemandangan luar biasa.

Para tetamu yang lebih suka suasana tropika santai, boleh menuju ke Ocean View Lounge di mana anda boleh menikmati pemandangan lautan yang menyeluruh.

Rehatkan Tubuh Anda

Bukan itu sahaja, di PARKROYAL Langkawi Resort ini terdapat juga SUASANA Spa yang berfungsi sebagai tempat untuk ‘healing’ dari segi mental dan fizikal.

Anda juga boleh memanjakan diri dengan Traditional Malaysian Inspired Relaxation Rituals termasuk rangkaian terapi khas dan terapi holistik, seperti urutan badan, rawatan muka yang menenangkan, menyental badan, rawatan spa, diikuti dengan pelbagai rawatan kecantikan lain.

Banyak Kolam Renang

Paling menarik, ada banyak sangat kolam renang dan semuanya luas. Puas berenang ! Dekat level G saja, ada 3 kolam tau. Ada kolam renang biasa, ada kolam renang kanak-kanak dan jacuzzi. Kolam renang memang luas, memanjang ke laut dan nampak infiniti seolah-olah bersambung dengan laut kat depan.

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest
Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Naik level 5 pula, ada sky pool. Ni menarik terutama bila view sunset. Memang cantik.

fathen alia Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Ambil bilik mahal sikit, kat balkoni bilik pun ada pool ! Yang bestnya, private pool kat sini tertutup sikit, jiran sebelah tak nampak. Ada juga Villa yang mempunyai pool dan direct access ke pantai.

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Tak cukup lagi ? Mandi laut lah ! Parkroyal Langkawi ni terletak di Pantai Tengah. Pantai cukup panjang, bersih dan tak padat dengan pelancong luar.

Anak-anak mesti suka cuti sini sebab kat tingkat 2 ada Jungle Camp. Ada Kids Club, Activity Centre & Playground .

Parkroyal Langkawi Sudah Mula Dibuka. Siap Ada 'Private Pool' !  Parkroyal Langkawi Has Opened Set to Welcomed Guest

Promosi Sempena Pembukaan

Untuk rekod, bermula sekarang hingga 28 Februari 2023, PARKROYAL Langkawi Resort mengadakan tawaran pra-pembukaan untuk semua tetamu yang ingin merasai pengalaman bangun tidur dengan pemandangan Pantai Tengah yang menakjubkan.

Untuk anda yang mahu menempah penginapan di PARKROYAL Langkawi Resort selepas tamat promosi, boleh berbuat demikian melalui pautan ini.

TEMPAH PARKROYAL LANGKAWI RESORT DISINI !

TEMPAH PARKROYAL LANGKAWI RESORT DISINI !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA