Kalau anda merancang nak menginap di Perlis. kami cadangkan My Home Village Resort and Pool di Arau.
Dekat sini ada 6 unit bilik sahaja, jadi memang tak sesak. Tapi kolam renang punyalah besar. Lagi besar dari hotel. Yang bestnya siap ada 'slide' tu.
Bayanglah punya seronok anak-anak main kolam renang besar tapi tak ramai guest lain. Rasa macam kita punya pool.
Bilik pun kemas, bersih, selesa dan luas juga. Semua bilik ada 2 katil. Sama ada 1 katil queen + 1 katil single atau 2 katil queen. Kiranya bilik sini memang untuk family lah.
Terdapat 5 bilik yang harga berharga RM180.00/malam. Setiap bilik ada katil Queen dan Single dan 1 bilik berharga RM230.00/malam yang mempunyai 2 katil Queen size.
Dekat tepi kolam renang ada pondok, ada juga tempat dan peralatan BBQ disediakan.
Paling seronok lokasinya dekat Arau. Memang senang nak ke Kangar, Changlun, Bukit Kayu Hitam dan pelbagai lagi tempat menarik di Negeri Perlis dan sekitarnya !
Alamat
My Home Village Resort and Pool , No. 1, Lorong Hj. Wan Ahmad, 02600 Arau, Perlis
Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi 011 - 58792545 (En. Wan)