HalalXPlorer Logo
pilihanraya
29 October 2022

PRU15 : Netizen Persoal Harga Tiket Mahal, Jejas Perjalanan Balik Kampung Untuk Mengundi. Ada Pengguna Siap Beri Tips Beli Tiket Lebih Murah !

Kongsikan:

Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan harga tiket kapal terbang yang mahal selepas tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan.

https://twitter.com/Hakimiimrann/status/1583312024313864194?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1583312024313864194%7Ctwgr%5E91222607cc80ed9439417528038a76db35f200a8%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2FHakimiimrann2Fstatus2F1583312024313864194widget%3DTweet

Oh!Media melaporkan bahawa tiket penerbangan naik sehingga 2 kali ganda dan menggesa supaya pihak berwajib mengawalnya.

Seorang pengguna akaun twitter, @twittul mengatakan tiket penerbangan pergi-pulang dari Bintulu-Kuching menjelang tarikh Pilihanraya Umum mencecah RM500-RM600 berbanding kebiasaan hanya RM120-RM180 disebabkan perjalanan singkat dalam negeri yang sama.

https://twitter.com/twitttul/status/1583220921929986049

Seorang penggua lain @afiqahshukri_ mengatakan bahawa beliau terus menyemak harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sebaik sahaja kerajaan umumkan tarikh PRU dan mendapati tiket penerbangan laluan tersebut hampir mencecah RM1,000 bagi perjalanan pergi dan pulang.

https://twitter.com/afiqahshukri_/status/1583056305895264256

Wang Boleh Digunakan Untuk 2 Minggu

Malah ada yang berkemungkinan tidak pulang untuk mengundi disebabkan harga tiket penerbangan yang mahal tersebut mampu menampung kehidupannya selama 2 minggu.

Tips Atasi Harga Tiket Flight Mahal

Dalam pada itu, seorang pengguna @Dandelionshiii memberikan satu tips berguna untuk mengatasi harga tiket penerbangan yang mahal bersempena PRU.

Menurut beliau, tips yang beliau gunakan adalah membeli tiket perjalanan sehala menggunakan syarikat penerbangan yang berlainan.

https://twitter.com/Dandelionshiii/status/1583412345493082112

Menurut beliau, satu tiket perjalanan dibeli menerusi syarikat penerbangan tambang murah AirAsia manakala satu lagi perjalana pulang dibeli dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Katanya tips tersebut dapat menjimatkan banyak duitnya berbanding membeli tiket perjalanan dua hala dari satu syarikat penerbangan.

Mohon Kerajaan Kawal

Walaupun ada pengguna memberikan tips bagi mendapatkan harga tiket penerbangan yang lebih murah, tetapi masih tiada jaminan bahawa tips tersebut akan sentiasa terpakai.

Jadi, kami harap kerajaan agar dapat mencari satu mekanisme terbaik bagi mengawal harga tiket penerbangan apabila musim-musim perayaan dan pilihanraya datang. Maklumlah, mengundi ni kan wajib. Jadi, kerajaan patut memudahkan rakyat untuk pulang mengundi.

Paling kesian buat perantau di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Tak macam ramai di Semenanjung yang mempunyai alternatif lain, penduduk di Sabah/Sarawak yang merantau di Semenanjung tidak mempunyai pilihan pengangkutan lain seperti bas dan keretapi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA